Rerumah Shvoong > Perubatan & Kesihatan > Jangkitan Salur Kencing

.

Jangkitan Salur Kencing

Pengarang : Dinding
Abstrak oleh : dinding
Lawatan : 76  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Februari 16, 2008
Selama ini kita mungkin beranggapan yang jangkitan salur kencing hanya berlaku pada wanita tetapi sebenarnya jangkitan ini juga boleh terjadi pada kanak-kanak. Malah ia adalah satu perkara yang biasa dan jangkitan ini tidak serius.

Bagaimana jangkitan berlaku?
Jangkitan ini disebabkan oleh bakteria yang memasuki uretra dan merebak naik ke pundi kencing. Kanak-kanak perempuan lebih mudah untuk mengalami jangkitan kerana uretranya pendek berbanding kanak-kanak lelaki dan bukaannya lebih hampir kepada dubur yang menyebabkan kuman lebih mudah merebak.

Disamping itu, faktor-faktor seperti keadaan yang kurang bersih disekitar alat kemaluan, penggunaan lampin, cacing dan tidak membersihkan diri dengan sempurna selepas membuang air besar juga boleh menyebabkan jangkitan.

Tanda-tanda jangkitan
* Lebih kerap kencing daripada biasa
* Rasa sakit bila membuang air kecil
* Air kencing berwarna keruh
* Demam
* Lesu
* Hilang selera
* Sakit Perut

Apa boleh buat?
Pastikan anak kita banyak minum air dan jika demam, berikan ubat untuk mengurangkan demam. Bawanya berjumpa doktor jika syak yang dia mengalami jangkitan. Ianya perlu mendapat rawatan kerana jika dibiarkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.


Abstrak lain tentang Jangkitan Salur Kencing
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------