Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

MENGURUSKAN BADAN

oleh: iqraq     Pengarang : iqraq
ª
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada SLIMMING
 
Untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan, anda mesti ada matlamat kenapa anda ingin kurangkan berat badan. Mengurangkan berat badan bukanlan jawapan untuk semua masalah anda tetapi ia boleh mengubah anda kepada berat badan yang sihat dan meningkatkan keyakinan anda, kerja anda, kehidupan sosial anda, kepercayaan pada diri sendiri dan boleh berinteraksi dengan orang lain. [BR] Menguruskan badan tidak melibatkan diet yang menjadi kegemaran anda atau cara makan yang aneh. Anda boleh menguruskan badan dengan selamatnya sekiranya makanan yang seimbang kurang lemak diambil dengan jumlah yang sederhana. [BR] Makanan yang anda ambil akan bertukar menjadi tenaga. Tenaga boleh didapati daripada protin, karbohidrat dan lemak. Tenaga disukat dengan kalori. Kurangkan kalori dari makanan dan minuman. Sekiranya anda mengambil kalori yang lebih dalam pemakanan anda dan kurang bakar lemak, tambahan tenaga akan menyimpannya sebagai lemak. Badan menggunakan banyak tenaga apabila anda bersenam dan ia akan mengurangkan lemak di dalam tisu badan anda. [BR] [BR] Makanan yang berlemak hendaklah dikurangkan. Elakkan daging berlemak tinggi seperti sosej dan daging kisar. Ayam hendaklah dimakan tanpa kulit dan ikan hendaklah dipanggang, bakar atau ketuhar dan tidak digoreng. Pilih daging yang telah dibuang lemaknya. Kurangkan makanan manis, gula, pai dan pastry berempah, biskut, kek, makanan rangup dan kacang. Semua ini berlemak tinggi dan kurang nutrien. Gantikan susu berlemak penuh dengan yang kurang lemak seperti susu kurang lemak, yogurt kurang lemak dan keju kurang lemak. [BR] Sentiasa melakukan senaman kerana ia penting untuk anda. Tiga kali seminggu dalam jangkamasa dua puluh minit sehari boleh membakar lemak. Lakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti berjalan, memanjat tangga dan tidak menggunakan lift, berbasikal dan berenang. Menari juga adalah cara yang baik untuk senaman tambahan. Ia boleh mengurangkan berat badan dan kesihatan dan kesegaran badan akan menjadi bertambah baik. Berat badan anda akan sentiasa berubah setiap hari. Oleh itu, timbang berat anda seminggu sekali. [BR] Anda mesti makan secara teratur. Jangan tinggal waktu-waktu makan anda. Apabila hendak makan, gunakan pinggan yang kecil supaya makanan anda nampak banyak. Anda mesti lebih prihatin terhadap apa yang anda makan. Elakkan makan snek waktu malam dan makan di hadapan TV. BR] Jangan fikir untuk mengurangkan pengambilan makanan secara mendadak (makan ganti kalori rendah, minuman, sup dan sebatang snek). Makanan-makanan ini tidak memberi makanan seimbang bernutrien seperti makanan biasa. Air dan protin akan hilang daripada badan dan bukannya lemak yang berlebihan. Apabila anda makan seperti sediakala, air dalam badan akan bertambah dan ini akan menambahkan lagi berat badan anda. Mereka yang mengamalkan cara pemakanan begini akan menambahkan lagi berat badan mereka setiap kali mereka makan seperti biasa.
Diterbitkan pada: 28 Mac, 2008   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

  1. 2. shima-cuteemo@yahoo.com

    kuruskn badan

    saya ingn menguruskn badan tp susa untk saya mengawal nafsu mkn..? bagai manakah mencegeh masala sebegitu

    2 Pengadaran 18 Julai 2011
  2. 1. Lili

    Kecilkan perut

    Terima kasih atas infonya,saya mau tanya macam mana nak kencilkan perut dan paha yang besar?perut saya agak buncit.

    5 Pengadaran 07 April 2011
X

.