Tidur yang berkualiti
Summary ratings: 3 stars
(xx voters)
Lawatan:
9
Perkataan:
300
Diterbitkan pada: April 29, 2008
Anggaran satu per tiga hayat kita dihabiskan untuk tidur. Tidur mendalam berkualiti adalah amat penting kepada kita. Kita memerlukan tidur seperti juga kita memerlukan oksigen. Beberapa perkara penting yang berlaku apabila kita tidur yang menyumbang kepada kesihatan fizikal dan emosi kita. Tidur berkualiti baik mampu memberikan kesan menakjubkan : ia membantu meningkatkan kecekapan kerja seseorang, menggalakkan pemulihan tubuh, meningkatkan daya ingatan, penumpuan, daya kreatif serta kesejahteraan emosi.. Memiliki bantal yang sesuai membantu mendapatkan tidur berkualiti baik yang diinginkan.
Pertumbuhan Sihat
Pertumbuhan fizikal juga berlaku semasa tidur. Pertumbuhan tersebut berlaku semasa tidur mendalam berkualiti baikberlaku dan ia adalah salah satu sebab mengapa kanak-kanak memerlukan lebih banyak tidur berbanding orang dewasa.
Memperbaiki memori
Semasa tidur mendalam berkualiti tinggi, otak menguruskan maklumat yang tersimpan. Otak berbuat demikian bagi membolehkan penyimpanan, pengekalan dan penyusunan memori.
Meningkatkan Kesejahteraan Emosi
Semasa tidur mendalam berkualiti tinggi berlaku, ia menyumbangkan kepada peningkatan kesejahteraan emosi. Seseorang yang tidak mendapat tidur yang mencukupi menunjukkan peningkatan kejengkelan dan ketidaksabaran