Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Perubatan & Kesihatan>Memilih kaedah pencegahan kehamilan yang sesuai

Memilih kaedah pencegahan kehamilan yang sesuai

oleh: eneliahani     Pengarang : Latido
ª
 
Kira-kira 200juta wanita mahu kaedah merancang keluarga yang selamat dan efektif,tetapi mereka tidak mampu melakukannya disebabkan oleh kekurangan maklumat dan perkhidmatan. Setiap tahun kira-kira 190 juta wanita telah hamil dan kira-kira 50 juta daripadanya mengambil keputusan untuk melakukan pengguguran. Kira-kira 68,000 wanita pula meninggal dunia akibat pengguguran yang yidak selamat.Apabila seseorang ibu itu meninggal dunia akibat pangguguran yang tidak selamat keadaan tersebut telah memberi impak dan kesan kepada anak-anak.Boleh dikatakan 1 juta kanak-kanak kehilangan ibu mereka akibat dari pngguguran tidak selamat pada setiap tahun.
Pemilihan kaedah pencegah kehamilan adalah salah satu cara yang paling selamat dan paling baik untuk untuk merancang keluarga selain berdepan dengan risiko dari melakukan pengguguran. Berikut adalah diantara kaedah yang menggunakan pengambilan pil kehamilan yang boleh dipertimbangkan..

KAEDAHHARMONAL (BERKENAAN HORMON)

1. Kaedah Pil Kombinasi (Kebolehpercayaan:99.97%)

-Pil ini mengandungi estrogen dan progestin. Setiap wanita diberi satu pek untuk kitaran selama 28 hari. Bergantung pada jenis pil,anda akan mengambil satu pil setiap hari atau satu pil untuk 21 hari diikuti dengan waktu rehat 7 hari. Atau satu pil setiap 24 hari diikuti dengan 4 hari rehat.Kaedah ini mampu bertindak mencegah telurdikeluarkan pada setiap bulan.Penggunaan kaedah sebegini juga menyebabkan mukus pada pintu masuk rahim lebih tebal sekaligus membuatkan sperma agak sukar untuk masuk.


Kebaikan:
  • Haid tetap
  • Kesan posituf pada kulit dan rammbut
  • Kurang atau tidak mengalami kekejangan pelvik
  • Memperbaik simpptom-simptom gejala prahaid
  • Haid yang sedikit dan pendek
  • Mengurangkan risiko kanser ovari dan kanser rahim
  • Kesuburanakan kembali normal apabila pil tidak digunakan
Kesan sampingan:
  • Mood yang sentiasa berubah
  • Sakit kepala
  • Perubahan dalam keinginan seksual
  • Peningkatan berat badan

2. Kaedah Pil Progestin sahaja (kebolehpercayaan 99.6 sahaja_

Pil ini mengandungi progestin sahaja. Pil ini diambil termasukklah ketika waktu datang haid. Tidak ada waktu rehat diantara pek-pek yang diambil. Pil perlu diambil setaip hari bagi memastikan tahap keberkesanannya. Bagi sesetengah jenis,sebarang penangguhan tidak mesti daripada 3 jam dan sesetengah jenis pula sehungga 12 jam. Penggunaan pil ini pula menebalkan mukus pada pintu rahim dan mengubah lapisan dinding rahim. Bagi sesetengah wanita kaedah ini mampu mencegak ovulasi.

Kebaikan:
  • Sesuai untuk wanita yang tidak sesuai dengan estrogen
  • Boleh diambil oleh ibu menyusu bayi karana tidak mengubah kuantiti susu dan tidak memberi kesan kepada bayi
Kesan sampingan
  • Pendarahan yang tidak tetap
  • Kulit bertompok-tompok
  • Payudara sakit apabila disentuh
  • Sakit kepala
  • Peningkatan berat badan



Diterbitkan pada: 10 Januari, 2009   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.