Jeli
Diraja adalah rahsia
lebah madu yang digunakan
dalam nutrisi larva.Ia di hasilkan pada kelenjar di kepala pekerja muda
dan digunakan untuk diberi makan
kepada semua larva dalam koloni, termasuk kepada yang akan menjadi pekerja. Jika ratu lebah diperlukan, lebah yang baru menetas akan menerima hanya
Jeli diraja ini - dan dalam kuantiti yang besar -
sebagai sumber makanannya untuk 4 hari pertama tumbesarannya, dan pemakanan berterusan yang awal ini menarik picu kepada pembentukan ratu lebah, termasuk kepada perkembangan penuh ovari yang diperlukan untuk menghasilkan telur. Sesetengah pembekal jeli diraja komersial menyampaikan maklumat yang salah seperti "Hanya ratu larva dan ratu dewasa diberi makan jeli diraja"; secara faktanya semua larva yang terdapat di dalam koloni diberi makan jeli diraja, dan lebah dewasa tidak menjamahnya sama sekali.<1>Manusia mengumpul dan menjual jeli diraja sebagai bekalan makanan diet, dengan menyatakan pelbagai kebaikan kesihatan akan diperoleh kerana komponen seperti vitamin B-komplex seperti asid pantothenic (vitamin B5) dan vitamin B6 (pyridoxin); ia juga boleh didapati dalam pelbagai produk kecantikan. Komposisi keseluruhan jeli diraja adalah 67% air, 12.5% protin dan 11% gula ringkas, dan mengandungi kandungan yang menyamaai asid lemak. Ia juga mengandungi banyak kesan mineral, sedikit enzim, antibakteria dan komponen antibiotik, dan kesan vitamin C. Vitamin A,D dan E sama sekali tiada dalam jeli diraja. Ia mungkin mengandungi sedikit penurun kolesterol, anti kanser, penyembuh luka dan antibiotic. Jeli diraja telah dilaporkan sebagai pemangkin tumbesaran sel Glial dan sel Neural Stem dan otak, dimana boleh diambil kira untuk reputasinya sebagai jangka masa lama penambahbaik akal dan sebagai ejen kebaikan dalam penyakit Parkinson.
Abstrak lain tentang Jeli Diraja