• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

.

Influenza H1N1

oleh : onlylurve     

Pengarang : bilik gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Influenza H1N1 ini merupakan penyakit respiratori (pernafasan) akut. ia disebabkan

oleh virus influenza A. ia tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung sama ada dengan manusia atau babi yang telah dijangkiti oleh Influenza H1N1. gejala atau tanda bagi mengenalpasti seseorang itu telah dijangkiti Influenza ini ialah :
*Demam yang tinggi (melebihi 38oC)
*Batuk yang berterusan
*Sakit tekak
*Susah bernafas
*Sakit-sakit badan, letih lesu dan tidak bermaya
*Sakit kepala
*Badan berasa sejuk
*Kurang selera makan
*Cirit-birit dan muntah-muntah (sesetengah kes)
seseorang yang telah dijangkiti virus ini boleh menjangkiti orang lain selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini yang berlanjutan sehingga 7 hari(seminggu). kanak-kanak terutamanya bayi berpotensi menyebarkan penyakit ini dalam tempoh masa yang panjang.
langkah-langkah perlindungan bagi mencegah jangkitan Influenza A (H1N1) :
jika batuk atau bersin;
    *tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan
    *buang tisu yang sudah diguna ke dalam bakul sampah
    *basuh tangan dengan bersih dan menggunakan sabun serta air bersih
kebersihan diri;
    *basuh tangan dengan kerap terutamanya selepas batuk. penggunaan pembersih tangan beralkohol digalakkan kerasa ia berkesan mghapuskan bakteria.
cuba untuk elak berhubung secara langsung dengan pesakit influenza H1N1 seperti bercakap atau menyentuhnya
gunakan mask(penutup hidung) jika terdapat sesiapa yang disyaki menghidap influenza H1N1 di tempat kerja anda.
elakkan persekitaran yang 'closed air' seperti bilik yang berhawa dingin kerana ia mempercepatkan lagi penyebaran penyakit ini.
jika selesema, hadkan hubungan dengan orang lain dengan duduk dirumah untuk mengurangkan risiko penyebaran penyakit kepada orang lain.
elak dari menyentuh mata, hidung, atau mulut
segera mendapatkan rawatan di pusat rawatan kesihatan yang berdekatan sekiranya anda mengalami gejala dan simtom penyakit influenza H1N1 ini setelah pulang dari luar negara.


Diterbitkan pada: Ogos 19, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.