Persatuan Pengguna Pulau Pinang terkenal sebagai Persatuan Pengguna yang aktif mengeluarkan pendapat tentang isu berkaitan
pengguna. Buku halal haram ini semestinya menjadi panduan kepada umat Islam untuk memilih jenis makanan yang halal dan baik untuk umat Isslam.
Pelbagai isu yang melingkari kehidupan kita diterangkan dengan informasi yang tepat dan padat. Isu seperti berus daripada bulu babi, simulasi pati najis dalam rokok, pinggan mangkuk daripada abu tulang, gelatin haiwan dalam makanan, logo halal palsu pada banyak produk makanan dan banyak lagi isu halal dan haram dalam pemakanan kita.
Bacalah buku ini untuk mendapat gambaran tentang status makanan yang kita makan kerana makanan sememangnya berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang Islam.