.

TALASEMIA

Summary rating: 2 stars 9 Ulasan
Pengarang : Sheila Azzalea
Abstrak oleh : sheilabunny
Lawatan : 276  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Januari 01, 2008
                                    TALASEMIA - UNDANG MAUT

     Pada zahirnya, anda mungkin kelihatan sihat. Namun siapa sangka bahawa anda adalah salah seorang daripada pembawa talasemia. DAN lebih menyedihkan lagi, apabila anak anda pula disahkan mewarisinya daripada anda.


     TALASEMIA adalah sejenis penyakit keturunan yang membabitkan pengeluaran sel darah merah dalam tubuh manusia. Penyakit ini boleh didapati di kebanyakan negara di dunia terutama di Mediterranean, Timur Tengah dan Asia. Penyakit talasemia boleh dibahagi kepada 2 jenis - Talasemia Minor dan Talasemia Major.

Bagaimana Talasemia terjadi?

     a. Jika seorang pesakit Talasemia Minor berkahwin dengan seorang yang normal, ada 50% kemungkinan bahawa anak yang dilahirkan menjadi seorang pembawa Talasemia Minor dan 50% normal.


     b. Jika sepasang suami isteri merupakan pembawa talasemia minor, ada 50% kemungkinan bahawa anak yang dilahirkan menjadi pembawa talasemia minor juga.

     c. Jika sepasang suami isteri merupakan pembawa talasemia minor, ada 50% kemungkinan bahawa anak mereka menjadi pembawa, 25% kemungkinan anak mereka akan menghidap penyakit talasemia major dan 25% lagi kemungkinan anak meraka akan dilahirkan dengan darah normal.

Cara mencegah Talasemia

     Penyakit talasemia adalah penyakit keturunan. Oleh itu, perkahwinan di antara saudara mara dan pembawa-pembawa penyakit talasemia perlu dielakkan. Bagi pasangan yang ingin berkahwin, ujian darah sebelum berkahwin amat digalakkan untuk memastikan samada mereka menghidap talasemia atau tidak. Jika didapati positif seseorang itu pembawa talasemia, adalah penting untuk mereka tidak mengahwini pasangan yang membawa talasemia juga. Sekiranya pasangan pembawa talasemia berkahwin dan hamil, doktor boleh mengesan samada anak yang dikandung menghidap talasemia atau tidak.

Abstrak lain tentang TALASEMIA
TALASEMIA  oleh  Sheila Azzalea    2008 
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------