• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Wayang>Upin Dan Ipin Dalam Filem "GENG"

.

Upin Dan Ipin Dalam Filem "GENG"

oleh : zasmadie    


Upin & Ipin merupakan animasi 3D popular terbitan Les’ Copaque, bukan sahaja kanak-kanak, malah orang tua juga menyukainya.
Pengolahan cerita yang menepati flavor Malaysian merupakan faktor utama kejayaan animasi Upin & Ipin.
Tidak sabar untuk menonton aksi Upin Ipin yang mencuit hati, serta watak Kak Ros yang kononnya garang terhadap mereka. Aku percaya, filem ini akan meletup di pawagam, harap-harap waktu wajib tayang untuk filem ini dipanjangkan.
Cerita Geng The Movie mengisahkan ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya.
Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.
Diterbitkan pada: Februari 12, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.