• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Wayang>Geng: Pengembaraan Bermula pecah rekod filem Melayu?

.

Geng: Pengembaraan Bermula pecah rekod filem Melayu?

oleh : abgpejal     



Berita baik bagi penonton yang belum berpeluang menonton filem Geng: Pengembaraan Bermula. Pengarahnya, Mohd. Nizam
Abd. Razak hari ini berkata pihak pawagam meneruskan tayangan filem tersebut untuk minggu keempat ini.
Filem terbitan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. itu ditayangkan di pawagam sejak 12 Februari lalu.
Kini, filem yang menampilkan watak popular iaitu Upin dan Ipin ini telah berjaya memberikan pulangan modal selepas membelanjakan sebanyak RM4.2 juta untuk pembikinannya.
“Filem Geng secara rasminya telah mengumpul RM5 juta dalam masa tiga minggu. Lagi RM800,000 untuk filem ini memecah rekod filem Melayu.
“Saya rasa minggu ini kita boleh mengutip minimum RM1 juta,” luah Nizam mengenai kejayaan kutipan filem tersebut.
Selain itu, Nizam turut berkata filem ini kemungkinan akan dilanjutkan tayangannya ke musim cuti sekolah pula jika masih mempunyai permintaan dan tidak mustahil jika dia berjaya mencapai sasaran kutipan sebanyak RM10 juta.
“Kalau dapat RM8 juta pun sudah ok..,” beritahunya.
Diterbitkan pada: Mac 06, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.