• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Wayang>Sayang YOU CAN DANCE

.

Sayang YOU CAN DANCE

oleh : abgpejal     


SAYANG YOU CAN DANCE
altMIA, seorang anak gadis lincah dan periang yang baru pulang ke Kuala Lumpur setelah tamat pelajaran
di Singapura. Mia gemar menari tetapi hobinya itu mendapat tentangan dari ayahnya.
alt
Di Kuala Lumpur, Mia rapat dengan sepupunya, Daniel yang telah memperkenalkannya dengan satu kumpulan penari bergelar DanceStarz. Mia kemudian jatuh hati dengan salah seorang ahli kumpulan tersebut bernama Remie tanpa menyedari, teman baik Remie iaitu Robby amat menyukai Mia. Kehadiran Mia menyebabkan hubungan persahabatan antara Remie dan Robby renggang. Apabila Robby menarik diri daripada gelanggang cinta tiga segi itu untuk memberi peluang kepada Remie, Mia mulai sedar banyak lagi liku-liku cinta yang lebih besar yang menghalang cintanya dan Remie.
Pada waktu yang sama, DanceStarz pula bersedia untuk bertanding di dalam sebuah pertandingan tarian yang bakal mengubah hidup mereka.
Filem ini menyaksikan nama-nama tidak asing dalam persada seni tanahair seperti Sharifah Amani (Sepet, Gubra, Gol & Gincu, Puaka Tebing Biru), Carmen Soo (Baik Punya Cilok, Visit Hungry Ghost), Alam (Alam, So You Think You Can Dance), Ebi Kornelis (AF5) Dafi (AF5) dan juga pelakon dari Indonesia Samuel Rizal (Eifel....I'm In Love, Apa Artinya Cinta).
altMangga Online bakal mengadakan promosi bersama dengan barisan pelakon-pelakon Sayang You Can Dance. Beberapa pemenang bertuah kempen promosi ini akan mendapat tiket menonton wayang serta cenderahati. Jangan lepaskan peluang ini dan nantikanberita terkini berkaitan promosi ini. 
Diterbitkan pada: Mac 06, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.