Menonton Dragon Evolution membuatkan seseorang teringat tentang siri di televisyen sebagai versi animasi cerita. Kisah Goku
yang amat menarik yang mana dia tidak mahu melawan musuh di sekolah tetapi telah ditakdirkan untuk mempertahankan bumi daripada kejahatan. Dia dapat melihat masa depan dan menjangkakan apa yang akan terjadi. Dia juga menyukai seorang gadis cantik bernama Chi Chi. Mereka menjadi kawan apabila dia bertanya Goku adalah Goku orangnya yang menggunakan kuasa luar biasa untuk membuka peti simpanan pelajar di sekolah.
Konflik bermula apabila Lord Piccolo hendak memusnahkan dunia semasa gerhana matahari menggunakan 7 bebola yang berselerakan di serata tempat. Fenomena ini terjadi setiap 2000 tahun seperti yang diberitahu oleh datuk Goku. Piccolo perlu mengutip kesemua 7 bebola itu untuk membunuh sesiapa yang dikehendakinya. Rancangan ini mesti ditangani oleh Goku dan rakan-rakannya, Mahaguru Roshi, Bulma, dan Yamcha dengan apa cara sekalipun.
Datuk Goku dalah watak penting dalam cerita ini, dialah yang mengajar Goku bagaimana melawan Lord Piccolo. Dia sentiasa mengiugatkan Goku walaupun di saat kematiannya dengan kata-kata ini ''jangan lupa asal kamu'', yang mana amat mengujakan. Apabila Lord Piccolo menyesatkan Goku dengan menjadi Oozaru, kata-kata yang sama dari datuknya menyedarkan dirinya kembali normal. Oozaru adalah orang jahat yang perlu dia hapuskan. Semasa Goku berjaya melihat masa depan dan menjangkakan yang Oozaru akan membunuh Mahaguru Roshi, yang kemudiannya memberitahunya yang masa depan sentiasa berubah. Dan ianya benar, Mahaguru Roshi dibunuh oleh Oozaru. Maksud kata-kata merupakan masa di mana Goku mengingati akan kepentingannya sebagai seorang pejuang yang melawan kejahatan Lord Piccolo dan bukannya Oozaru yang beria memusnahkan bumi. Dalam pada itu, Goku dilatih dengan tunjuk ajar dari datuk dan juga rakan-rakannya.
Kesudahan
filem ini adalah dengan kekalahan Lord Piccolo. Kekalahan itu membolehkan satu permintaan dibuat, Goku membuat permintaan kepada Raja Naga menghidupkan kembali Mahaguru Roshi. Setelah Mahaguru Roshi hidup semula, mereka kembali gembira dan bumi kembali aman dan tenteram.