Mengisahkan tentang seorang bekas agen CIA yang menyelamatkan anak perempuan yang dikasihi dari menjadi mangsa sindikit perdagangan
manusia di Paris,Perancis..Bryan lakonan Liam Neeson merupakan bekas agen perisikan CIA yang tinggal di Amerika..Dia mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mempertahan diri..Telah bercerai dengan isterinya lakonan Famke Janssen..Mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 17 tahun yang tinggal bersama bekas isteri suami barunya..Bryan sangat menyayangi anak perempuannya..Kekalutan bermula bila anak perempuannya meminta kebenaran untuk bercuti ke Perancis bersama rakannya...Berat hati seorang ayah hendak membenarkan namun setelah dipujuk dan diyakinkan oleh si anak,akhirnya beliau member kebenaran...Ketibaan anaknya dan rakan di lapangan terbang Paris telah diperhatikan oleh ahli sindikit terbabit yang sentiasa mencari mangsa untuk didagangkan..Tanpa menyedari niat buruk lelaki tersebut,anaknya menerima pertolongan lelaki itu untuk mencari hotel penginapan mereka..Akhirnya mereka diculik,dan semasa penculikan itu terjadi anaknya sempat menghubungi beliau untuk memberitahu keadaannya..Dan bermulalah pencarian seorang ayah yang sangat menyayangi anaknya di kota Paris..Si ayah menghubungi kenalan yang bekerja sebagai pegawai polis di Paris untuk membantu..Namun bantuan yang diharapkan tiak seperti disangka kerana pegawai polis itu sudah disogok oleh sindikit terbabit..Berbagai rintangan terpaksa dilalui oleh si ayah demi menyelamatkan anak tersayang...Siasatan si ayah yang penuh dengan aksi membawa beliau kepada satu sindikit perdagangan manusia yang diuruskan oleh seseorang yang berpengaruh...Segala kemahiran dan kebijaksanaan beliau gunakan untuk menjejak penculik anaknya..Sehinggalah membawa beliau kepada sebuah rumah pelacuran yang sedang menjalankan upacara lelongan gadis yang masih mempunyai dara..Lelongan yang melibatkan orang-orang kaya dan berpengaruh sebagai pelanggan..Ketangkasan beliau sebagai bekas agen CIA dimanfaatkan sepenuhnya dalam misi memburu penculik anaknya..Kebijasanaan yang dipelajari semasa menjadi agen membuatkan beliau berjaya mengharungi segala rintangan yang datang..Bukan setakat Berjaya menyelamatkan anaknya malah beliau juga berjaya melumpuhkan sindikit perdagangan manusia di Eropah yang menjadikan gadis-gadis remaja sebagai mangsa..Benarlah kata orang,kasih ibu membawa ke syurga dan kasih ayah membawa kesejahteraan dalam hidup seseorang itu..wassalam..sekian..terima kasih....