• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Wayang>Kamen Rider Decade

.

Kamen Rider Decade

oleh : LanzMraz     


Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Kamen Rider Decade
Siri ini bermula dengan Natsumi Hikari, seorang protagonis perempuan yang bermimpi mengenai Perang Rider. Dalam perang ini,
kesemua sepuluh Heisei Rider sedang berperang dan akhirnya semua telah dibunuh oleh Decade. Decade bergelut dengan Kuuga dan pergelutan mereka menyebabkan satu letupan yang besar. Kemudiannya siri diperkenalkan dengan karakter utama, Tsukasa Kadoya, seorang budak lelaki yang kehilangan ingatan. Dia kemudiannya bertukar kepada Kamen Rider Decade dan memasuki dunia selari dengan Natsumi dan datuknya Eijiro. Di dunia pertama, dunia Kuuga, mereka berjumpa dengan Onodera Yuusuke, Kamen Rider Kuuga dunia tersebut. Kemudian, Yuusuke mngekori mereka dalam pengembaraan melalui dunia selari Rider. Kemudian mereka berjumpa dengan Kaito Daiki, seorang pencuri yang boleh menjelma sebagai Kamen Rider Diend, Kamen Rider yang mahu mengambil semua harta yang ada di dunia Rider. Mereka juga berjumpa dengan Narutaki, seorang lelaki misteri yang mengetahui banyak perkara mengenai dunia Rider dan takdir Decade. Di setiap dunia Rider, Decade akan mendapat beberapa kad baru yang mempunyai keistimewaan Rider tertentu. Dia juga boleh menggunakan kad-kad itu untuk bertukar kepada Rider yang berkenaan. Kemudiaannya, Decade mendapat peralatan baru, K-Touch yang membolehkan dia menjelma dalam Jelmaan Sempurna. Jelmaan ini amat berkuasa dan kostumnya amat mengarut. Pada jelmaan ini, semua Rider akan dipaparkan pada dada Rider. Dengan jelmaan ini, Decade boleh menyeru Rider berkuasa tinggi seperti Ruuki, Emperor Kiva, Hyper Kabuto, dan menggunakan teknik mereka sebagai senjata membuatkan Decade sebagai Rider terkuat sehingga kini.
Rumusannya, Kamen Rider Decade adalah siri yang menarik, tetapi kerana ia berjalan dia dunia Rider yang berlainan, kamu tidak perlu menjangkakan ianya adalah sama seperti siri Hensei Rider yang lain. Hampir kesemua cerita dan pelakon dari siri asal tiada dalam siri ini, dan TOEI mencipta satu dunia yang berlainan bagi setiap Rider. Ada yang bagus dan ada yang agak mengarut jika dibanding dengan cerita asal. Jadi, untuk kebaikan anda, jika bercadang menonton siri ini, tontonlah ia sebagai satu cerita yang satu, seperti Hensei Rider. Jangan menjangkakan ianya seperti Showa Rider dimana anda boleh mengaitkan secara ringkas antara satu sama lain. Nikmatinya seperti anda menikmati Dragonball Evolution. .
Diterbitkan pada: Julai 17, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.