"Kenapa kamu membuat keputusan untuk memasuki program itu?" - "Kerana saya rasakan dia mungkin menontonnya"
Berdekad
cinta telah digambarkan dengan pelbagai bentuk oleh pengarah dan penulis cerita, tetapi ini adalah satu ilham yang asli dan ianya menyentuh hati semua.Garapan pengarah dari Britain membawakan sebuah filem aksi romantis yang menyentuh hati yang anda tidak patut lepaskan. Berlatarkan bandar Mumbai,bandar terbesar dan tersibuk di India dan cerita ini berdasarkan buku Q&A hasil tulisan Vikas Swarup.Cerita ini adalah mengisahkan seorang budak lelaki, Jamal,yang dilahirkan di kawasan miskin,menjalani hidup miskin dengan abang zaman kecilnya dia melakukan semuanya berenang di kolam najis manusia untuk mendapatkan tandatangan daru bintang pujaannya, berlari dari pasukan Polis Mumbai sehari-hari.Hidupnya adalah normal, dipaksa ke sekolah oleh emaknya untuk membaca buku English bertajuk "The Three Musketeers",sehinggalah kekacauan Hindu-Muslim yang tercetus menyebabkan dia dan abangnya melarikan diri, terpisah daripada emaknya.Kemudian dia berjumpa dengan Latika. Mereka tinggal di jalanan sehinggalah mereka diambil menjadi pengemis oleh orang yang tidak dikenali.Selepas mengetahui yang orang yang melatih mereka mengemis akan membutakan mata mereka untuk kepentingan diri,Jamal dan abangnya lari dengan Latika tetapi Latika ditangkap semula.Mereka memulakan hidup dengan mencuri selepas mencuri kasut mahal di depan Taj Mahal. dan menjualnya dengan harga yang mahal.Mereka kembali ke Mumbai dan menyedari Mumbai bukan lagi yang dulu, ia semakin ganas dan menakutkan. Jamal tidak melupai Latika dan dia mencarinya dan menjumpai Latika yang sedang dilatih menjadi penari.Pada masa itu dia berjumpa dengan orang yang mengambil mereka menjadi pengemis dahulu dan Saleem mengeluarkan pistolnya dan membunuh orang itu membantu Latika melepaskan diri. Kemudian dia menyedari yang niat dia dengan Latika adalah berbeza dan memaksa Jamal keluar dan menutup pintunya dengan Latika berada di dalam. Dibeloti oleh abangnya, Jamal dipaksa melupakan Latika. Dia menjadi seorang chaiwala di sebual call-center. Dia mengetahui tentang abangnya yang berkerja sebagai seorang samseng yang ditugaskan membunuh. Abangnya telah berubah. Jamal menanyakan tentang Latika. "Dia telah pergi".
Satu hari, Jamal mengekori abangnya ke tempat penyembunyian dan menjumpai Latika. Latika gembira melihatnya dan menyuruhnya pergi dengan segera dengan mengatakan semuannya telah berubah dan mereka tidak boleh bersama lagi.Tapi Jamal memberitahunya yang dia akan menunggu Latika setiap hari di stesyen untuknya. Dan kemudian suatu hari Latika datang dengan berpakaian cantik. Jamal gembira dan menyebut nama Latika dan Latika melihat dan tersenyum.Kemudian, Latika diculik oleh Saleem di depan Jamal dan Saleem menggertak Jamal supaya jangan mengekorinya. Itulah ceritanya sehingga masa sekarang. Tapi pengarah menunjukkan semua ini sebagai imbas balik. Jamal menceritakan semuanya ini di depan polis semasa disoal siasat tentang bagaimana dia mengetahui kesemua jawapan dalam permainan "Who Wants to be a Millionaire" sedangkan doktor mahupun peguam tidak dapat menjawabnya. Sebenarnya semua jawapan itu mempunyai kaitan dengan kehidupan Jamal. Hanya sebelum soalan yang terakhir, pengacara menyerahkannya kepada pihak polis. Polis berpuas hati dengan ceritanya dan membenarkannya bermain pada keesokkan harinya. Ini membawa kepada kemuncaknya di mana Saleem menyedari kesilapannya dan melepaskan Latika untuk pergi berjumpa Jamal dengan mengorbankan nyawanya. Latika keluar untuk berjumpa Jamal dan tersekat di jalan raya kerana kesesakan trafik kerana semua orng bandar tertumpu kepada kaca skrin dan trelevisyen menyaksikan jika Jamal bakal menjadi orang pertama yang akan memenangi hadiah 1 juta. Soalan yang terakhir adalah mengenai siapakah Musketeer yang ketiga dan Jamal buntu. Dia menelefon abangnya dan Latika menjawab kerana telefon Saleem ditangannya tetapi Latika tidak tahu dan mengucapkan Good Luck padanya, dan nasib menyebelahi Jamal, tekaannya betul. Kemudian dia bertemu Latika di stesyen. Latika berkata, "Cium saya". Mereka berciuman. Selesai.