• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Wayang>Fiday the 13th (2009)

.

Fiday the 13th (2009)

oleh : LanzMraz     


Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Friday the 13th (2009)
Dua rakan yang sedang mencari kebun marijuana yang lama dilupakan membawa kawan-kawannya, diantara mereka ialah Whitney(Amanda
Rigthelli), Mike (Nick Mennell), dan Amanda (America Olivio). Mereka keluar untuk pendakian di kawasan hutan berdekatan Kem Crystal Lake yang terbiar, tempat yang terkenal dengan pembunuh psiko. Mereka tidak mengetahuinya.
Enam minggu kemudian, Trent (Travis Van Winkle) mengajak rakan-rakannya dan juga pelajar Jenna (Danielle Panabaker), Chelsea (Willa Ford), Bree (Julianna Guill), Chewie (Aaron Yoo), Lawrence (Arlen Escarpta), dan Nolan (Ryan Hansen) ke rumah mewah ayahnya di pesisir Crystal Lake untuk hujung minggu yang bakal dipenuhi dengan seks, arak dan dadah - dan sukan air. Walaubagaimanapun, hujung minggu mereka yang sepatutnya seronok, bertukar menjadi mimpi buruk yang ngeri kerana sebaik sahaja sampai seorang pengembara Clay (Jared Padalecki), yang mencari Whitney, kakaknya yang masih hilang. Siasatan polis tidak membuahkan apa-apa hasil - sherif di situ mengatakan mungkin kakaknya lari bersama teman lelakinya, tetapi Clay percaya yang sesuatu telah terjadi pada kakaknya sehingga dia tidak balik semasa upacara pengebumian ibu mereka. Jadi, dia sekarang mencari kakaknya dengan sendiri, walaupun dia telah diberi amaran oleh seorang wanita tua supaya jangan memasuki kawasan hutan tersebut..malahan ia membazir masa kata wanita tua itu, kerana sesiapa yang hilang si hutan ini pasti sudah mati. Seorang daripada pelajar, Jenna, membuat keputusan mengikut Clay mencari kakaknya dan masuk ke hutan. Mereka sampai ke Kem Crystal Lake dan mencari rumah kem yang terbiar dan juga kawasan sekeliling mencari jejak kakak Clay. Hanya masa yang menentu bila mereka akan bertemu dengan pembunuh kejam yang memakai topeng pemain hoki ais, Jason Vorheese yang hidup kembali.
Diterbitkan pada: Julai 20, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.