Cube merupakan filem yang gelap dan dalam diterbitkan pada 1997. Filem ini dipenuhi dengan metafora dan pertanyaa: contohnya
setiap watak dalam filem ini dinamakan sempena penjara yang masyur. Reputasi penjara memberi gamabaran personaliti watak itu.
Saya tidak akan mengaitkan dalam ulasan ini, oleh yang demikian saya tidak akan memberitahu apa yang terjadi pada pembukaan cerita yang bagus walaupun ia tidak memberi kesan kepada plot cerita.
Filem ini memberitahu cerita gelap dan mengerikan tentang seorang yang biasa yang bangun dari tidurnya dan menyedari yang dia berada di dalam sat taman yang asing, seram dan berbentuk kiub yang dipenuhi dengan perangkap yang berbahaya. Mereka tidak tahu bagaimana mereka boleh berada di sana atau siapa yang menculik mereka dan mereka tidak tahu bagaimana hendak keluar.
Daripada saat ini perjalanan mereka di dalam kiub ini bermula. Semasa proses menyelamatkan diri mereka itu mereka dalam pada masa yang sama perlu menganalisis keadaan semasa dan memahami bagaimana dan kenapa mereka berada di situ. Inilah bahagian yang memberikan unsur psikologi yang dalam dan falfasah terhadap cerita ini.
Pertama kali menonton filem ini sememangnya menyeramkan.
Filem ini mempunyai dua sekuel: Hyper Cube (2002) dan Cube Zero (2004). Akan tetapi kedua-duanya kurang menyengat berbanding filem asalnya. Jadi, tak perlulah bersusah payah melihat sekuel tersebut.