"Mencari Komedi dalam Dunia Muslim" adalah tajuk yang hebat untuk sebuah filem. Konsep filem ini menarik juga, dan lebih
menarik jika terjadi dalam kehidupan sebenar. Dan lagi, disebalik kehebatan yang ada, filem ini tidakla hebat. Bagus memang bagus, tapi adalah lebih bagus untuk melihat sesuatu yg hebat. Idea bahawa kerajaan Amerika berusaha untuk memahami orang Islam dengan baik, dengan menghantar pelawak Amerika kepada umat Islam untuk mencari apa yang akan membuat mereka ketawa. Saya rasa cubaan tersebut sangat mendalam (sebab itu la kerajaan US tak pernah terfikir). Lagipun, kalau kita tau untuk buat seseorang itu ketawa, kita tentu tau bagaimana untuk buat hati mereka terdetik untuk tergelak. Apa yang kita rasa kelakar, contohnya kebanyakan tentang nilai diri kita, latar belakang kehidupan kita, dan pengalaman. Dalam filem, kerajaan memilih Albert Brooks, yang memainkan peranan dirinya sendiri & juga bertindak sebagai penulis & pengarah filem tersebut. (Itu kali pertama dia mengambil peranan tersebut semenjak 1999 dalam filem "The Muse" dan jumlahnya cuma tujuh kali). Brooks merupakan pelawak yang berjaya pada era 1970an, yang kemudiannya berjaya menjadi pelakon yang disegani dan dikenali, contohnya melalui filem "Mencari Komedi" seperti yang dilakonkan oleh Woody Allen-lite yang lebih dikenali kerana suaranya dalam filem "Finding Nemo" melalui watak Merlin.