• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

.

Our Ecosystem

oleh : LanzMraz     


Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Our Ecosystem
Ekosistem kita terdiri daripada keseimbangan di antara haiwan, tumbuhan, daratan, atmosfera dan kandungan air. Kami sekarang
sedang mengkaji setiap kajian di bawah : Atmosfera yang kita gunakan untuk mendapatkan udara dan oksigen untuk hidup. Udara yang kita boleh gunakan untuk membuat pelbagai perkara. Udara diperlukan untuk kelangsungan hidup semua hidupan. Oksigen adalah elemen yang diperlukan untuk menyalakan api. Tanpa oksigen, api takkan menyala. Inilah alasan kenapa ahli bomba cuba memisahkan oksigen dari api dengan menggunakna air. Atmosfera dan ozon di bumi adalah amat diperlukan untuk manusia hidup. Ianya adalah satu elemen yang penting untuk hidup. Lapisan ozon terletak kira-kira 19-48 km dari permukaan bumi. Lapisan ozon menyekat sinarn ultra ungu dari matahari daripada sampai ke permukaan bumi. Pencemaran udara adalah satu masalah yang besar, bukan sahaja di bandar-bandar besar.
Haiwan juga penting kepada ekosistem. Terdapat banyak haiwan sekarang sedang dalam kepupusan. Haiwan sangat penting untuk tumbuhan. Banyak spesis haiwan yang memakan hasil dari tumbuhan seperti bunga dan biji. Biji epal tidak diterima badan dan ianya keluar dari badan dalam bentuk buangan pejal yang akan menjadi sebahagian daripada tanah nanti. Baji tadi akan tumbuh dan membesar menjadi pokok baru. Bahan buangan haiwan juga mat berguna sebagai baja yang bagus kepada tumbuh-tumbuhan. Haiwan juga membajai bunga-bungaan dengan apabila debunganya terlekat pada badan haiwan dan dibawa kemana-mana sahaja. Terdapat banyak burung yang banyak menolong para petani. Sebahagiannya memakan haiwan yang merosakkan tanaman mereka. Bulu biri-biri boleh dijahit untuk dijadikan pakaian. Begitu juga dengan bulu haiwan yang lain. Haiwan lain seperti paus biru memberikan kita minyak. Haiwan-haiwan ini sentiasa diburu kerana bulu, kulit dan kepak mereka. Banyak yang semakin pupus disebabkan ini. Orang ramai tidak menyedari betapa pentingnya haiwan kepada hidupan lain dan kita.
Daratan. Bahan buangan kimia merbahaya yang mengalir ke dalam tanah dan juga tempat pembuangan sampah yang haram membuatkan tanah menjadi rosak dan tidak berguna. Tanah/daratan adalah sangat penting seperti tumbuhan dan haiwan juga. Tanah, dalam undang-undang hartanah adalah merangkumi daratan permukaan, kawasan bawah tanah dibawahnya dan udara di atasnya. Terma ini juga memasukkan hartanah secara kekalnya berkait dengan tanah, seperti air di telaga, rumah-rumah, dan pagar-pagar. Kita berdiri di atasnya dan tinggal di situ. Tanah boleh dicemarkan dengan pelbagai cara. Tanah runtuh adalah satu masalah yang serius kepada para petani, kerana tanah dilarikan oleh kejadian, dan tanaman tidak dapat ditanam lagi. Hasil buangan tanah merangkumi kawasan yang luas dan melepaskan banyak bahan kimia yang berbahaya kedalam tanah dan sumber air. Runtuhan pokok boleh terjadi apabila tiada apa yang menyokong tanah tersebut, oleh sebab itulah pokok sangat penting, akan tetapi kita masih merosakkan mereka. Oksigen, buah-buahan, jus dan lain-lain lagi datang dari pokok. Pokok juga dibuat hiasan, perabot, kertas dan lain-lain. Apabila kita menceroboh bahagian ekosistem, kita memberikan risiko untuk datangnya pelbagai penyakit seperti Ebola dan virus Hanta.
Air. Semua hidupan perlukan air untuk hidup, jadi apabila air dicemar, ianya adalah satu masalah yang serius. Kira-kira 5-090 peratus daripada badan hidupan adalah terdiri daripada air. Protoplasma, sel asas hidupan mengandungi larutan air lemak, karbohidrat, protin, garam, dan bahan kimia yang berkaitan. Air bertindak sebagai medium menghantar, menggabung, dan memecahkan sebatian secara kimia. Air memberikan rumah kepada haiwan akuatik seperti paus dan memerang. Hidupan air ini bergantung kepada air untuk hidup. Satu perkara tentang air yang penting kepada manusia adalah penjanaan kuasa hidroelektrik yang terhasil daripada kuasa yang diperolehi hasil tekanan air yang jatuh dan menjanakan kuasa pada turbin. Air adalah amat penting dan memainkan pernananm yang utama dalam kelangsungan hidup manusia. Kita perlu menjaga dan mengekalkan ekosistem kita untuk kebaikan semua dan mengekalkan ia pada keseimbangan yang sepatutnya. 
Diterbitkan pada: Julai 19, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.