Harian Metro
Summary ratings: 3 stars
(xx voters)
Lawatan:
8
Perkataan:
300
Diterbitkan pada: April 21, 2008
KUALA LUMPUR: Seorang bapa yang menghantar anaknya berkhatan di sebuah klinik di sini, terkejut apabila mendapati doktor disitu menggunakan khidmat seorang budak lelaki berusia empat tahun sebagai pembantunya ketika melakukan proses mengkhatan anaknya minggu lalu.
Mansor Ismail, 45, berkata, dia yang terkejut dengan perkara itu bertanyakan kepada doktor terbabit mengenai tindakannya menggunakan khidmat kanak-kanak itu sebagai pembantu ketika melakukan proses mengkhatan anaknya.
Bagaimanapun doktor itu memaklumkan kanak-kanak terbabit adalah anaknya dan tidak salah sekiranya dia mahu mengajar anaknya proses mengkhatankan manusia. "Dia tidak sepatutnya menggunakan anaknya walaupun mereka mempunyai hubungan, perbuatan berkenaan boleh mengundang pelbagai masalah.
"Saya hairan dengan tindakan doktor ini yang bersikap tidak profesional dalam menjalankan tugasnya," katanya di sini semalam.
Mansor berkata, ketika proses berkhatan, anak doktor itu turut membantu memberikan peralatan selain mempelajari cara mengkhatan. "Pada masa itu saya bimbang kejadian tidak diingini berlaku tetapi saya takut menyuarakan kebimbangan ini kerana doktor berkenaan memberikan reaksi tidak berpuashati dengan tindakan saya bertanyakan perkara itu," katanya.
Sementara itu Presiden Persatuan Perubatan Islam Darulsalam Malaysia, Mohamad Hadi Ahmad berkata, tindakan doktor terbabit menggunakan khidmat anaknya ketika mengkhatankan pelanggannya tidak profesional.