Rerumah Shvoong > Akhbar > India > Lautan ditemui di dalam teras bumi

.

Lautan ditemui di dalam teras bumi

Summary rating: 2 stars 2 Ulasan
Review by : Anonymous
Lawatan: 228
Perkataan: 300
Diterbitkan pada: Mac 25, 2007
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada The Hindu
Percaya atau tidak, berjuta-juta daripada orang yang tinggal di Asia Tenggara hidup di atas sebuah lautan yang amat luas. Itulah yang telah disimpulkan oleh saintis-saintis geologi baru-baru ini setelah menganalisa lebih daripada 600,000 seismogram. Mereka menjangka bahawa lautan luas yang ditemui di teras bumi ini adalah sekurang-kurangnya sebesar Lautan Artik. Live-Science adalah yang pertama untuk melaporkan penemuan satu empangan air yang luas di bawah tanah Asia Timur. Inilah kali pertama suatu badan air yang sebegitu luas ditemui di dalam perut Bumi. Kredit penemuan ini diberikan kepada Michael Wysession, seorang ahli seismologi University Washington State di St.Louisand dan pelajar graduan lamanya Jesse Lawrence. Butiran terperinci mengenai kajian mereka akan dipaparkan di dalam satu monograf yang akan diterbitkan oleh American Geophysical Union. Kedua-dua ahli siesmologi ini telah meggunakan peralatan di merata-rata tempat pada permukaan Bumi and mengumpul lebih daripada 600,000 rekod-rekod mengenai gelombang yang digenerasikan oleh gempa bumi. Mereka mendapati gelombang-gelombang seismik telah dirintang dan juga diperlahankan sedikit in sebuah kawasan di bawah Asia. Ini membuktikan kehadiran air di sana. Kesimpulan ini boleh diterangkan begini. Jika satu batu  sejuk di dasar lautan tenggelam beribu-ribu kilometer ke dalam teras Bumi, suhu panas akan menyebabkan air yang disimpan di dalam batu itu untuk mengewap. Air ini kemudiannya akan naik and kawasan di atasnya akan tepu dengan air. Wysession mengatakan bahawa ia masih akan kelihatan seperti batu dan untuk mencari air di dalamnya, batu ini perlu diuji dalam makmal. Beliau menambah bahawa sesetengah dasar lautan yang terdiri daripada batu mempunyai air sehingga 15%. Wysession memanggil fenomena ini sebagai Beijing Anomaly kerana rintangan and proses perlahanan gelombang seismik didapati paling tinggi di bawah ibu bandar China Beijing. 
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Kimimaro
  • Pitung78
  • notarazi
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • rld81nvn
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • b00TunK
  • beloved
  • ijass
  • Jaymez
  • kwenzc

.

India - Paling popular