RAYUAN MUNIRAH SELASA
KUALA LUMPUR - Rayuan pelajar Malaysia,
Raja Munirah Raja Iskandar yang
di jatuhi hukuman penjara tujuh
tahun di Jepun akan didengari Mahkamah Tinggi Jepun, Selasa ini.
Pelajar jurusan komunikasi massa ini dihukum penjara kerana menyeludup
dadah jenis
syabu seberat 690gm pada Disember lalu. Munirah mengaku salah atas tuduhan berkenaan
dan telah dijatuhi hukuman.
Bagaimanapun Munirah
mendakwa membuat pengakuan selepas dinasihatkan oleh peguam yang disediakan kerajaan Jepun supaya mendapat hukuman ringan.
Sementara itu, ibunya Karimah Mamat,46 mendakwa anaknya ditipu seorang lelaki Iran yang hanya dikenali sebagai Milad yang menawarkan kerja sebagai (PRO) di syarikatnya yang kononnya berpangkalan di Jepun dengan gaji yang lumayan.
Munirah merupakan anak sulong daripada lima beradik iaitu Raja Nazrin Shah,18, Raja Maizurah, 15, Raja Ridzuan Shah, 10 dan Raja Daniel Shah, 3.
Ulasan lain tentang KOSMO!