• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

.

KOSMO!

oleh : normydrake    


LELAKI MATI DIKELAR KAWAN BAIK

KUALA LUMPUR - Akibat perselisihan faham, seorang lelaki
maut di serang rakan karibnya sendiri di Petaling Jaya semalam.
  Kejadian berlaku lebih kurang pukul 4 pagi itu melibatkan Mohd Ng Abdullah (mangsa) yang berusia 42 tahun itu meninggal dunia setelah cedera parah dengan kesan kelar di leher, tangan kiri serta muka mangsa.
  Siasatan mendapati mereka bergaduh sebelum suspek yang berusia 30-an itu menyerang mangsa dengan parang.
  Suspek kemudiannya menyerah diri sebaik pihak polis tiba di tempat kejadian. Pihak polis menjumpai sebilah parang yang mempunyai kesan darah di tempat kejadian.
  Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
  Mayat mangsa dituntut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada pukul 12.30 tengah hari.
  Bapa mangsa, Ng Kim Sai,65, terkejut mendengar berita berkenaan memandangkan suspek dan mengsa telah berkawan dalam tempoh yang lama.
  Mangsa telah memeluk Islam sejak tiga tahun yang lalu dan hubungan dengan keluarganya adalah sangat akrab.
Diterbitkan pada: Disember 14, 2007
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

Orang yang telah membaca abstrak ini juga telah membaca:

.