Krisis
Barisan Nasional (BN) Terengganu
dengan ke Bawah Duli Yang Dipertuan
Agong, Tuanku Mizal Zainal Abidin Ibni al-Marhum Sultan Mahmud, begitu
tegang ketika ini, mengundang untuk diulas. Pengerusi Perhubungan Umno
negeri itu, Dato’ Seri Idris Jusoh dipercayai menjadi punca segala permasalahan berlaku. Sejak
beliau menjadi menteri besar
dan mengepalai Umno/BN negeri itu, banyak
perkara menjadikan ahli Umno dan rakyat Terengganu agak rimas dengan
sikap dan tindakan politiknya. Idris
memang seorang pendokong kuat Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi (Pak Lah). Sejak PAS menjadi kerajaan
Di negeri
itu (1999-2004)
dipercayai gerakan dan perancangan meruntuhkan kerajaan itu
dilaksanakan dengan rapi dengan memperalatkan pelbagai agensi kerajaan
termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihanraya
(SPR), Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, Intelligent polis
dan Tentera bagi mempastikan PAS hanya berjaya memerintah satu penggal
sahaja. Difahamkan
pengundi luar dibawa masuk ke dalam daftar pemilih SPR begitu ramai
sekali sehingga berjumlah tidak kurang dari 50,000 pengundi bagi tujuan
tersebut, di seluruh negeri Terengganu. Akhirnya terbukti kemenangan besar berpihak kepada
BN dalam pilihan raya umum ke 11 yang lalu. PAS
hanya dapat bertahan di kubu kuatnya termasuk di Dewan Undangan Negeri
(DUN) Wakaf Mempelam dengan majoriti 1,888 undi, Rhu Rendang (1,435),
Manir (310) dan Batu Burok (140).
Dengan kejayaan besar itu Pak Lah memberi kepercayaan penuh kepada
Idris untuk memimpin Umno dan kerajaan Terengganu sebagai menteri besar.
Ketika itu pun ada desas desus, Tuanku Mizan sudah tidak berkenan
dengan Idris tetapi ia tidaklah sampai ke tahap tidak mengurniakan
watikah sebagai menteri besar. Sejak
itu pucuk pimpinan Umno berubah dari Pak Lah sebagai Pengerusi
Perhubungan kepada Idris yang sebelum ini sebagai Timbalan Pengerusi
Perhubungan. Jawatan itu diserahkan kepada Idris untuk mengendalikan
keseluruhannya gerakan kepimpinan Umno di negeri itu. Tuanku Mizan prihatin dengan perkembangan politik negeri Terengganu dan sentiasa mengambil cakna baik buruk berlaku di negeri baginda. Sementara
Idris dipercayai dengan perwatakannya yang agak keterlaluan sekiranya
betul-betul diteliti ketika berucap dan berinteraksi di pentas dan
khalayak umum, merimaskan banyak pihak termasuk di kalangan ahli-ahli
Umno sendiri, apa lagi di kalangan pembangkang. Sudah
pasti ia semakin terserlah apabila melihat tindak tanduk politiknya
selepas dari itu. Beliau dikatakan lebih mengutamakan kelompok atau
kroninya sahaja dalam pembahagian projek pembangunan kerajaan. Difahamkan
amarahnya terhadap PAS meluap-luap sejak parti itu memerintah
Terengganu. Banyak perancangan dibuat untuk cuba menjatuhkan kerajaan
dengan mengadakan pelbagai siri demontrasi jalanan di depan Wisma Darul
Iman, menghantar memorandum bantahan dalam pelbagai isu. BN
di bawah Idris memasang papan tanda, Kanak-kanak Tadika yang berlakun
bawa kerusi dan meja keluar dari bangunan yang minta dikosongkan. Kerja
serangan ini berterusan sebelum BN menguasai Kerajaan dan selepas
memerintah Terengganu (2004-2008). Semua ini kerenah gerakan saraf Umno memburukkan PAS dan ia menjadi perhatian pihak istana. Apa
lagi dengan peristiwa Batu Burok 8 September 2007. Agenda memburukkan
pembangkang diperkasakan dengan menonjolkan gambar “siapa membakar
Jalor Gemilang Budak Umno ke Budak PAS?”, satu tindakan yang dipercayai
memurkakan pihak istana.
Banyak sangat angkara Idris yang dimurkai pihak istana. Ada perkara
yang perlu didedahkan dan ada perkara yang tidak perlu didedahkan.
Biarlah ia menjadi satu rahsia.
Perancangan jahat untuk mempastikan BN terus kekal memerintah
Terengganu, juga ada maklumat dikatakan sampai ke pihak istana. Ini
semua angkara Idris Jusoh yang tidak diperkenan pihak istana.
Pihak
istana berkenan sekiranya pilihan raya dan perjalanan politik
negeri ini mengikut kehendak demokrasi yang bersih. Jangan ada
unsur-unsur jahat dengan menggunakan kuasa politik pemerintahan
mengarahkan sesuatu jabatan bertindak sesuka hati agar PAS dan
pembangkang lain diserang dan digasak habis-habisan sehingga Terengganu
menjadi negeri BN.
Itulah yang dicakapkan Idris pun dalam ucapan-ucapannya di
majlis-majlis tertentu. "Ingat negeri ini mak bapak dia punya ke?,"
soal satu SMS yang dihantar kepada saya beberapa hari lalu.
Saya tidaklah sampai begitu mahu menyanggah sikap Idris itu.
Bagaimanapun Umno dan Idris perlu akur dengan titah Tuanku Sultan
Mizan. Satu majlis mengadap untuk memohon maaf kepada Tuanku perlu
diadakan segera jika mahu melihat hubungan BN dan istana pulih kembali.
Jika pucuk pimpinan DAP, Lim Kit Siang sanggup mengadap Pemangku Raja
Perak, Raja Nazrin Ibni Sultan Azlan Shah mengapa orang Melayu Umno
dipimpin oleh Idris di Terengganu tidak boleh berbuat demikian?
Titah Tuanku perlu dijunjung demi melihat institusi raja dihormati dan
menjadi kuasa pengimbang pergolakan politik tanah air dari segi adat
dan semangat rukun negaranya.
Pihak istana dikatakan tidak pernah bersetuju melihat kuasa
pemerintahan digunakan untuk menjadikan negeri Terengganu pengkalan
kerakusan kuasa seseorang pemimpin, menyusahkan kehidupan rakyat dengan
bebanan sara hidup yang tinggi dan royalti minyak sepatutnya untuk
mereka tetapi dirompak dan menjadi harta kekayaan kroni Umno/BN.
Pihak istana dari segi adatnya prihatin dengan suara hati rakyat dan
biarlah pihak istana menggunakan peruntukkan yang ada dalam
undang-undang untuk menentukan siapakah sepatutnya menerajui negeri itu
selepas ini.Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato'' Ahmad Said antara
satu-satunya pilihan yang dipercayai boleh membina jambatan antara Umno
dengan istana setelah sekian lama Umno dipercayai mempunyai hubungan
tidak baik dengannya di zaman Idris menjadi menteri besar.
BN perlu akur dengan pilihan yang dipersembahkan kepada istana ini.
Biarlah ia menjadi satu keputusan yang boleh merubah senario politik
Terengganu selepas ini.
Ulasan lain tentang Harakah