Sebagai umat Islam kita mesti patuh dan taat pada ajaran agama Islam. Agama Islam bukan sekadar beribadat sahaja malah politik juga mesti berlandaskan kepada ajaran Islam. Di Malaysia, parti politik yang aktif memperjuangkan agama Islam ialah PAS iaitu Parti Agama Islam SeMalaysia.
Menurut Dr. Siti Mariah Mahmud selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bahagian Kota Raja menegaskan PAS berpegang kepada konsep Islam dan tidak lari dari konsep Islam. Konsep yang diketengahkan dalam pilihan raya baru-baru ini ialah amanah, adil dan berkebajikan.
Dr Siti Mariah mencadangkan skim seperti Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial)dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) diwujudkan untuk membantu suri-suri rumah atas jasa baik mereka. Beliau juga mengingatkan bahawa tugas suri rumah adalah kerja yang mulia kerana mereka merupakan penyumbang negara dari segi modal insan. Sumbangan mereka adalah besar dan tidak cukup dengan hanya memberi pujian sahaja menurut beliau lagi.
Selain itu, Dr. Siti Mariah juga mengulangi seruan PAS selama ini agar subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda iaitu bahasa melayu. Beliau menyatakan hasil kajian membuktikan bahawa subjek Sains dan Matematik lebih mudah difahami jika diajar dalam bahasa melayu. Menurut beliau lagi, murid-murid tidak sepatutnya dipaksa belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris terutamanya bagi mereka yang mempunyai ibubapa yang tidak tahu Bahasa Inggeris.
Penswastaan perkhidmatan kesihatan menjadi kebimbangan Dr. Siti Mariah selain dari subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Menurut beliau, walaupun kerajaan mendakwa hospital-hospital kerajaan tidak akan diswastakan tetapi bekalan ubat-ubatan, ambulan, perkhidmatan doktor pakar dan perkhidmatan jururawat telah diswastakan.
Seperti yang kita maklum, harga minyak melambung naik menyebabkan harga bahan-bahan mentah yang lain juga naik. Terkini, harga beras pula naik dan menjadi masalah kepada rakyat Malaysia kerana nasi adalah makanan rutin harian rakyat Malaysia. Harga-harga barang yang lain juga tidak mustahil akan mendadak naik seperti harga minyak dan beras.
Adakah kita perlu kembali kepada kehidupan seperti dulu iaitu menaiki basikal? Menaiki basikal tidak memerlukan minyak petrol. Sekiranya ini berlaku, maknanya cara hidup rakyat Malaysia akan bertukar seperti zaman P.Ramlee zaman Televisyen warna hitam putih. Beca menggantikan teksi, Kereta lembu menggantikan bas awam, tongkang pecah menggantikan motor bot dan sebagainya.
Bagaimana pula dengan masalah beras naik harga? Tidak mustahil rakyat Malaysia akan berpakat-pakat menanam ubi kayu, membela ayam dalam reban, menanam sayur-sayuran dan sebagainya. Ini bukan bermakna tanam ubi kayu, bela ayam dalam reban dan tanam sayur adalah salah. Sama sekali tidak.
Itu semua merupakan cara-cara yang mungkin akan dilakukan oleh rakyat Malaysia jika terdesak walaupun bukan orang kampung. Orang bandar juga tidak terkecuali untuk menanam ubi kayu di belakang rumahnya. Siapa yang tahu? Sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui akan segala-galanya baik yang di bumi mahu pun yang di langit.
Ada lagi kaedah alternatif yang boleh dipraktikkan sekiranya harga barang naik dengan melampaui batas? Tidak mustahil laporan kemalangan yang melibatkan kenderaan berenjin akan menurun secara mendadak. Tidak mustahil juga kemalangan kenderaan yang melibatkan kenderaan bernyawa seperti kuda, keldai, lembu, kerbau dan yang sewaktu dengannya akan meningkat memandangkan harga minyak yang seolah-olah tidak akan turun lagi sampai bila-bila.
Setiap keluarga akan membela seekor kuda sebagai kenderaannya untuk pergi ke pasar, pergi membeli-belah di gedung pusat membeli-belah, bersiar-siar di tepi pantai, menziarahi sanak-saudara dan sebagainya. Bayangkan pada malam hari raya, banyak sanak saudara pulang ke kampung dengan menaiki keldai atau unta bagi yang lebih berkemampuan. Orang yang berkemampuan pada ketika itu tidak mampu menggunakan kereta kerana harga minyak yang semakin mahal. Adakah perkara seperti ini dapat dibayangkan? Sendiri mahu ingatlah.
Perjalanan jauh yang mengambil masa kira-kira 4 jam dengan kereta berkemungkinan akan bertukar menjadi kira-kira 4 bulan dengan menaiki unta. Unta merupakan haiwan yang boleh berjalan jauh dan tahan lasak sewaktu musim panas. Semua perkara ini bukannya ramalan tetapi hanya kemungkinan-kemungkinan yang belum tentu berlaku tetapi tidak mustahil boleh berlaku.
Bagaimana dari segi sains dan teknologi? Sekiranya ahli saintis di Malaysia berjaya mencipta kenderaan yang tidak memerlukan minyak maknanya masalah minyak naik harga akan selesai? Bagaimana pula dengan masalah harga beras? Adakah saintis di Malaysia ataupun saintis terhandal di dunia boleh mencipta sebiji kapsul yang ditelan boleh rasa nasi dengan lauk kari kepala ikan serta sayur bayam dan segelas air sirap pada masa yang sama? Persoalan demi persoalan timbul hanya dari masalah minyak naik harga.
Pada zaman Hang Tuah, besi terbang adalah mustahil. Orang-orang pada ketika itu tidak terfikir bahawa besi boleh terbang. Mereka akan terfikir bahawa besi terbang disebabkan ilmu batin atau ilmu ghaib.
Pada zaman sekarang, besi terbang adalah perkara biasa. Adakah ini logik? Sudah tentu logik, lihat sahaja pada kapal terbang Malaysian Airlines, Air Asia dan sebagainya. Kapal terbang dibuat dari besi tapi kenapa boleh terbang? Itulah kemajuan sains dan teknologi pada masa kini yang tidak dapat difikirkan oleh orang-orang pada zaman Hang Tuah.
Kemajuan sains dan teknologi tidak perlu dipertikaikan lagi, semakin lama semakin canggih. Orang pada zaman dulu tidak dapat berbicara dengan orang jauh sekiranya tidak berjumpa. Namun tidak sama halnya dengan orang zaman sekarang, telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang masih belum dapat diciptakan pada zaman dulu.
Adakah benar kemajuan sains dan teknologi tidak perlu dipertikaikan lagi? Bagaimana pula dengan perang di sana dan perang di sini? Bermula dari pedang dan perisai tetapi kini nuklear dan peluru berpandu menjadi senjata yang hebat untuk abad ini. Pada masa akan datang, senjata apa lagi yang digunakan? Pancaran laser lutsinar yang boleh menembusi besi setebal 20 meter?
Keadaan masa depan hanya Allah yang lebih mengetahui. Sebagai orang Islam kita wajib beriman kepada Allah dan Qada' dan Qadar. Sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah.
Ulasan lain tentang Harakah