Salam sejahtera kepada pembaca coretan ini..Bukan mudah untuk saya menulis disini kerana sudah tentu ada pihak yang bersetuju
dan ada juga tidak..Tidak perlu kita menunding jari kepada sesetengah pihak dengan keadaan yang terjadi semenjak kebelakangan ini..Cara itu juga bukan jalan penyelesaian untuk sesuatu perkara..Fitnah dan maki hamun menjadi perkara asas untuk mencari pengaruh..Tidak terkecuali tuduh-menuduh diantara satu sama lain..Semua ini terjadi kerana satu perkara iaitu kuasa..Kuasa menyebabkan manusia lupa akan kejadiannya..Kuasa juga punca manusia hilang pertimbangan hingga sanggup untuk membuat sesuatu perkara diluar norma kehidupan..Kecelaruan politik ini menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan terbiar..Masyarakat sudah letih dengan keadaan ini dan mereka harapkan perubahan..Bukan setakat kata-kata indah dan janji-janji manis yang sebenarnya hanyalah omongan kosong..Tidak perlu untuk menjelaskan disini pihak mana yang betul dan mana yang salah..Cuma sebagai manusia biasa kita sebenarnya harus muhasabah diri kita sebelum kita menunding jari kearah pihak lain..Dan menjadi harapan saya keadaan atau persekitaran tidak sihat di arena politik kita dapat dipulihkan dan secara tak langsung dapat membuat masyrakat kita kembali hidup dalam keadaan aman damai..