Jenayah pembunuhan semakin
menjadi kegemaran para penjenayah di luar sana.Ianya seakan-akan "hobi" dan rutin harian bagi
mereka yang bergelar penjenayah.Apa yang mereka mahukan dalam hidup mereka sebenarnya? hanya kecewa akan menimpa apabila gari menjadi perhiasan tangan mereka,penjara akan menjadi rumah mereka dan tali gantunung mungkin menjadi permainan terakhir mereka.Peristiwa yang menimpa
adik Nurin Jazlin Jazimin baru-baru ini meninggalkan kesan emosi yang cukup mendalam kepada
masyarakat Malaysia dan lebih terhiris bak sembilu bagi ibu dan ayah adik Nurin Jazlin.Kanak-kanak yang baru sahaja berusia 8 tahun di bunuh dengan kejam dan sadis oleh manusia yang tidak layak digelar manusia dan hanya layak bergelarkan binatang dan syaitan.Adik Nurin Jazlin yang teruk diseksa secara seksual banyak menimbulakan kemarahan banyak pihak.Mayat Nurin Jazlin, pelajar Tahun Dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, yang disumbat dalam beg pakaian, ditemui ditinggalkan di sebuah premis syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini, Isnin lalu. Mangsa yang dilaporkan hilang selepas keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju, kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu, disahkan mati akibat jangkitan pada usus perut selepas kemaluannya ditusuk dengan terung dan timun. Inilah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan sehingga
pembunuh sanggup melakukan pembunuhan seperti itu.Tindakan pembunuh melakukan penderaan sexual terhadap adik Nurin tidak boleh dimaafkan langsung!!!. Motif yang dikatakan mempunyai unsur-unsur dendam ini menyebabkan orang-orang terdekat dengan adik Nurin menderita perasaan mereka.Inikan lagi masyarakat Malaysia yang turut sama merasainya.Semoga pembunuh yang bertanggngjawab dapat diheretkan ke muka pengadilan.Sebagai masyarakat malaysia yang turut merasai kejadian ini berharap pembunuh adik Nurin Jazlin diheret dikhalayak ramai dengan cacian dan pandangan serong masyarakat ditunding ke arahnya dan undang-undang mengambil tugas menjatuhkan hukuman.Hukuman mati hukuman yang setimpal untuk pembunuh adik Nurin!!!.Jangan biarkan kanak-kanak lain menjadi mangsa seterusnya.Semoga roh adik Nurin Jazlin aman di alam sana.Al-Fatihah...
Ulasan lain tentang Berita Harian