• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

.

Berita Harian

oleh : saifqistina     


Dalam surat khabar yang ditulis pada jari sabtu 23hb Februari 2008 dalam kenyataannya yang dipetik "Husam Musa mendoakan
musibah menimpa anak-anak kelantan yang akan dibawa oleh UMNO untuk pulang ke kampung pada hari mengundi pada 8 Mac nanti." Sebagai menjelaskan kenyataan ini, beliau telah menulis dalam Harakah yang menyatakan "KOTA BHARU, 25 Feb (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato'''' Paduka
Husam Musa berkata, beliau tidak pernah mendoakan supaya sebarang
musibah berlaku ke atas rombongan BN di kalangan rakyat Kelantan yang
mahu pulang pada hari pembuangan undi pada 8 Mac ini.
Sebaliknya kata Husam, media arus perdana tersalah petik apa yang dicakapkannya mengenai
kebimbangannya terhadapan keselamatan rombongan yang berkonvoi dalam keadaan ramai antara 500
buah bas dengan diiringi motorsikal.
"Saya bimbang akan keselamatan mereka kerana faktor jalan raya di Malaysia ini selain dalam
keadaan yang cukup ramai," ujarnya semasa mengadakan sidang media hariannya di Global Media
dekat sini hari ini.
Ujar Husam, kebelakangan ini nampak pelbagai cara menukar-nukar apa yang sebenarnya dikatakan oleh pembangkang.
"Saya tak berharap media utama siarkan berita pembangkang tetapi
sekurang-kurangnya berharap media-media ini tak puterbelitkan kenyatana
pemimpin pembangkang, tapi kalau putar belit juga itu salah dari etika
agama kita," ujar Husam yang akan bertanding di Dun Salor selepas
meninggalkan Dun Kijang dan memberi laluan kepada Senator Wan Ubaidah
Omar.
Beliau seterusnya menafikan sekeras-kerasnya laporan yang
dibuat ooeh media-media arus perdana yang menyatakan bahawa beliau
mendoakan pengundi BN yang balik mengundi BN dari perantauan ditimpa
musibah.
"Ini tidak benar, saya seru media lebih professional," ujarnya. Pertimbangan yang sewajarnya haruslah dibuat oleh rakyat Malaysia yang bijak pandai dan secara lebih profesional.
Diterbitkan pada: Februari 26, 2008
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.