KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad
Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam keputusannya berkata, jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) kerana Mohammad Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).Ulasan saya adalah simple.jika kita benar tuhan akan sentiasa bersama kita,Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertaruhkan maruahnya dengan tetap pendirian tidak berganjak dengan keputusan.So kalau kita dimalukan dengan cara paling teruk sekalipun,kesabaran paling penting.Apa jadi dengan mereka yang ditahan dibawah ISA kerana demonstrasi ketika isu ini masih panas hari tu?moga kerajaan akan membebaskan mereka kerana anak bini mereka pun nak hidup.Fikir-fikirkanlah....