Kerap mewarnakan rambut untuk kelihatan bergaya sebenarnya mendedahkan seseorang kepada risiko keguguran rambut jika bahan
pewarna terkena kulit kepala hingga merosakkan akar rambut.
Selain itu, tabiat menyikat rambut dengan kasar dan pengunaan sikat yang tidak sesuai dengan jenis rambut boleh mendorong kepada masaalah botak pada usia muda.
Sebenarnya dua faktor penting menyumbang kepada masaalah ini , iaitu fizikal (luaran) dan genetik. Faktor luaran termasuk pencemaran kimia saperti sebatian sintetik, bahan pengawet dalam produk penjagaan rambut, gas beracun saperti karbon monoksiad dan hujan asid yang mengandungi asid sulfurik.
Kehilangan rambut juga boleh disebabkan punca genetik dan ia sukar diatasi tetapi kehadiran faktor luaran menyebabkan proses keguguran menjadi lebih cepat dan mendadak. Tekanan di tempat kerja
punca utama keguguran rambut di kalangan lelaki dan wanita. Dibawah ini ada tips tips cara-cara
penjagaan rambut ataupun sekurang-kurangnya mengelakkan keguguran rambut.
. Cuci rambut empat atau lima kali seminggu dengan syampu lembut.
. Jangan cuci rambut menggunakan sabun mandi.
. Elak sikat rambut terlalu kerap.
. Elak kerap mewarnakan rambut.
. Urut kulit kepala dengan jari untuk galakkan edaran darah.
. Elakkan tekanan di tempat kerja.
. Tutup rambut ketika di tempat sibuk dan banyak pencamaran.
. Pilih sikat yang sesuai dengan jenis rambut.
. Jangan sikat rambut dengan kasar.
. Jangan gunakan sikat yang terlalu rapat dan tajam matanya.