• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

.

Berita Harian

oleh : HAZ     


1Malaysia harapan baru masyarakat India (RABU 26/8/2009)

    Berdasarkan rencana yang bertajuk
"1malaysia harapan baru masyarakat India", kita dapat simpulkan bahawa konsep 1malaysia dapat menjanjikan kesaksamaan dan kesamarataan. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat Malaysia. Konsep ini juga selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Tujuan utama perdana menteri memperkenalkan konsep 1malasia adalah tak lain tak bukan adalah untuk mencapai perpaduan kaum.
    kita sebagai rakyat malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum harus bersatu dan bersama menyatupadukan perpaduan kaum.Ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.Perkara asas yang perlu ada dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat antara satu sama lain, keikhlasan dalam melakukan sesuatu dan sikap saling mempercayai antara kaum. sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat.
    Negara ini adalah untuk semua rakyat, tanpa mengira warna kulit, budaya serta fahaman politik. Oleh itu,semua kemudahan yang terdapat dalam negara harus dinikmati secara bersama dan beramai-ramai. semua kaum diberi keutamaan oleh kerajaan dan tidak sesekali dipinggirkan.1 malaysia adalah pemangkin kepada kewujudan sikap kesamaan,kerataan dan kekitaan dalam diri setiap masyarakat.
    Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Terdapat beberapa nilai murni yang harus diterapkan dalam diri  bagi mengharapkan penyatuan rakyat malaysia ke arah perpaduan kaum dan sekaligus memenuhi kehendak konsep 1 malaysia.Ia adalah,budaya kecemerlangan,ketabahan,penerimaan,rendah hati,meritokrasi,kesetiaan,integriti dan pendidikan.
Diterbitkan pada: Ogos 26, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.