Rerumah Shvoong > Akhbar > Malaysia > Utusan Malaysia > Utusan Malaysia

.

Utusan Malaysia

Review by : cokelatrawkz
Lawatan: 216
Perkataan: 300
Diterbitkan pada: Ogos 03, 2007
This was taken from today''s Utusan Malaysia.Cadangan atasi masalah ibu bekerja urus bayi
*Cuti bergaji 4 bulanOleh: NORAINI A. GHANIKUALA TERENGGANU
2 Ogos – Selepas Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) mencadangkan cuti bersalin selama 84 hari untuk wanita, kini
muncul satu lagi cadangan yang lebih drastik iaitu ibu-ibu perlu
diberikan cuti bersalin selama empat bulan dengan gaji penuh.
Cadangan tersebut dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu,
Datuk Razali Ismail atas alasan untuk memberi peluang kepada ibu
menyusukan bayi mereka dengan susu badan sehingga bayi berkenaan
berumur empat bulan.
Beliau berkata, ibu yang memberi susu badan kepada bayi sehingga
tempoh 120 hari selepas bersalin boleh menghindari anak mereka daripada
serangan pelbagai penyakit.
Menurutnya, langkah itu sekali gus dapat mengurangkan pengambilan cuti sakit di
kalangan pekerja wanita yang baru bersalin berikutan bayi mereka diserang pelbagai penyakit.
‘‘Mengikut kajian Kementerian Kesihatan, susu formula yang diberi
kepada bayi berumur bawah enam bulan boleh mendatangkan pelbagai
penyakit,” katanya.
Razali berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Minggu
Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2007 peringkat negeri Terengganu di
Perpustakaan Awam Negeri Terengganu di sini hari ini.
Menurutnya, cuti bersalin selama empat bulan dengan gaji penuh
sangat relevan dengan hak dan fitrah seorang ibu serta keperluan
seorang bayi.
Jelasnya, negara maju seperti Jerman sudah lama mempraktikkan cuti bersalin sehingga empat bulan dengan gaji penuh.
Beliau turut mencadangkan agar setiap majikan menyediakan kemudahan penjagaan bayi di tempat kerja.
‘‘Saya pasti tidak semua jabatan kerajaan menyediakan kemudahan
penjagaan anak di tempat kerja, inikan pula pihak swasta,” katanya.
Utusan Malaysia         
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Kimimaro
  • Pitung78
  • notarazi
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • rld81nvn
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • b00TunK
  • beloved
  • ijass
  • Jaymez
  • kwenzc

.

Utusan Malaysia - Paling popular