• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

.

Utusan Malaysia

oleh : terreousted    


RM20,000 pemberi maklumat KUALA LUMPUR 23 Sept. – Ketua Biro Pengaduan MCA, Datuk Michael Chong mengumumkan
tawaran ganjaran sebanyak RM20,000 kepada individu yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin. Menurutnya, RM10,000 daripada ganjaran itu disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan selebihnya merupakan wang Biro Pengaduan MCA sendiri.
 Dengan itu, ganjaran terkumpul untuk orang yang dapat memberi maklumat mengenai identiti pembunuh Nurin Jazlin kini mencecah RM25,000 termasuk RM5,000 yang dijanjikan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Sambil menyifatkan tragedi pembunuhan kanak-kanak berusia lapan tahun itu sebagai tidak berperikemanusiaan, Chong menggesa polis menangkap pembunuh berkenaan serta mengenakan hukuman setimpal ke atasnya supaya menjadi pengajaran kepada ‘binatang-binatang’ lain.
Pembunuh Nurin Jazlin tidak patut dibiarkan terus hidup. Biarlah peristiwa yang menimpa Nurin ini merupakan kali terakhir dan tidak berulang lagi,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini. Chong memberitahu, pihaknya akan bekerjasama dengan polis sehingga tertangkapnya pembunuh Allahyarham Nurin Jazlin.
Diterbitkan pada: September 24, 2007
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

Orang yang telah membaca abstrak ini juga telah membaca:

.