• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

.

Utusan Malaysia

oleh : TajamPena     


Tragedi Feri Seagull Express 2 yang terbakar dan karam di perairan kira-kira 7 batu nautika dari pulau Tioman 13 Oktober
lalu telah mengorbankan tujuh nyawa yang mana 103 penumpang dan tiga krewnya terpaksa terjun ke laut menyelamatkan diri tanpa jaket keselamatan yang mencukupi amat menyedihkan kita semua.
       Seperti biasa di mana-mana kejadian yang tidak diingini berlaku di Malaysia sehingga mengorbankan nyawa, barulah pihak-pihak yang berwajib atau berkuasa tergesa-gesa untuk menyalahkan atau menuding jari ke pihak-pihak yang lain. Lalu berlakulah sandiwara bermain tarik tali antara pengusaha Feri Seagull dan juga pihak yang berwajib.
       Pantas pihak berkuasa menuding jari mengatakan pihak penguasaha feri menjalankan operasi tanpa permit, diwaktu yang sama juga pihak penguasaha feri mengatakan mereka mempunyai permit yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa untuk beroperasi.
Adakah wujudnya rasuah atau penyalahgunaan kuasa di dalam memberikan permit kepada pengusaha feri ini jika benar mereka mempunyai permit yang diluluskan.
      Tetapi jika dilihat di tempat kejadian di mana penumpang terjun ke dalam laut tanpa pelampung yang mencukupi jelas menunjukkan pengusaha feri mengabaikan kod etika keselamatan. Kedua jumlah penumpang melebihi yang di benarkan? Mengapa ini terjadi?
Juga semasa kejadian krew-krew feri lebih dahulu menyelamatkan diri masing-masing dari menyelamatkan diri penumpang-penumpang.
      Saya lihat masalah di sini berlaku adalah kerana tiada pemantauan dari pihak berkuasa tentang jumlah penumpang, juga pihak pengusaha feri tidak menitik beratkan fator keselamatan penumpang dengan hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
Feri juga tidak di selenggara dengan baik. Lebih menyedihkan tiada tuntutan insurans boleh dibuat keatas kehilangan atau kerosakan harta benda penumpang. Persoalan sekali lagi bagaimana mereka menjalankan perkhidmatan ini tanpa perlindungan insurans hanya pihak berkuasa sahaja yang yang boleh menjawabnya.
      Samada mereka sengaja menutup mata atau pun mereka telah menerima habuan dari pihak pengusaha feri, kita masih menantikan penyiasatan menyeluruh ke atas insiden ini.
Diaharapkan kejadian ini tidak akan berlaku lagi selepas ini.
Diterbitkan pada: Oktober 25, 2007
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.