Bagi sesetengah individu
suara amat penting bagi mereka untuk menarik perhatian masyarakat sekeliling.
DJ menggunakan
suara untuk memikat pendengar, Penyanyi menggunakan
suara untuk menarik hati peminat, Pelawak apa lagi mestilah nak buat lawak.
Tetapi suara juga penting sebagai medium penyampaian ilmu misalnya seorang guru mngajar anak muridnya, ustaz mengajar anakn didiknya ataupun pendakwah yang akan menyampaikan ilmu yang suci.
Jadi apakah tip-tip bagi menjaga suara kita?
*
Elakkan menjerit
Peti suara juga terpaksa berkerja dengan kuat untuk menghasilkan jeritan jika kita perlu bercakap untuk khalayak ramai, gunakanlah microphone atau pembesar suara.Salah satu pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya ialah supaya tidak seswkali meninggikan suara dalam percakapn dan hal ini sememangnya terbukti dalam ilmu perubatan laringologi.
*
Elakkan berbisik
Banyak oran tersalah anggap bahawa berbisik akan membantu seseorang yang tidak dapat mengeluarkan suara sewaktu sakit tekak. Berbisik sebenarnya boleh menerukkan lagi keadaan serak suara dan hal ini juga tidak baik seseorang yang sihat.
*
Selangi percakapan dengan minuman air
Seringkali kita melihat penceramah diberi air mineral sewaktu berucap.Hal ini bukanlah sekadar tradisi bahkan menjadi satu bentuk kaedah perubatan yang amat berguna.Amalan minuman air pada waktu memberi ucapan atau ceramah yang panjang boleh membantu menjaga suara supaya tidak timbul keperitan
*
Jangan merokok
Selain menyebabkan kanser mulut dan paru-paru, merokok juga meningkatkan risiko mendapat kanser peti suara pada kadar dua atau tiga kali ganda. Merokok dan mengambil alkohol akan bersinergi dalam meningkatkan risiko kanser kepada 15 kali ganda. Jika tidak tindakan kanser sekali pun, iritasi asap rokok boleh menyebabkan peti suara berparut '
Leukoplakia' atau bengkak '
Reiinke's Edema'. *Rawat refluks
Bagi mereka yang mengalami penyakit refluks 'asid dari rongga perut', sewajarnyalah rawatan untuk penyakit ini diambil perhatian. Hal ini kerana kesan asid tesebut telah dikenal pasti menjadi salah satu punca iritasi terhadap peti suara yang dikenali sebagai refluks faringitis dan laringitis
*
Persekitaran yang bersih
Faktor pencemaran persekitaran akan mendedahkan seseorang itu untuk mendapat radang pada saluran pernafasan. Keadaan ini amatlah tidak baik untuk kesihatan sistem pernafasan manusia secara amnya dan peti suara khasnya.
Suara begitu berharga kepada setiap insan. Janganlah kita mensia-siakan anugerah yang telah diberikan Sang Pengasih. He is The Most Merciful to us. Jaga, pelihara dan gunakanlah sebaik mungkin.
Diam itu lebih baik dari berbicara
Berkata bila perlu
Sekiranya kamu beriman pada Allah dan Hari Kiamat maka jagalah perkataanmu
Segalanya bakal dihitung
Mulakan ucapanmu dengan salam
Wallahu'alam
Jika ada yang ingin dikongsi, dikomen atau ingin menambah sila letak dalam ruang komen
Terima Kasih jgn lupa rate sekali