• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

.

Utusan Malaysia

oleh : neutronboy    


           
          INFLUENZA
          Keluarga : Orthomyxoviridae

          Genera (ahli keluarga)


          1. Virus Influenza A

          2. Virus Influenza B

          3. Virus Influenza C

          4. Isavirus

          5. Thogotovirus


             Virus Influenza A
        • Hanya satu spesies (Influenza A) , banyak variasi

        • Mempunyai  satu rantaian RNA bersegmen

        • Unggas liar perumah semula jadi kebanyakan varisi virus Influenza A

        • Jenis ini merupakan yang paling berbahaya berbanding jenis B dan C, menyebabkan jangkitan yang lebih teruk kepada unggas dan mamalia

        • Variasi virus yang dilebelkan mengikut gabungan dua jenis protein di permukaan kapsul virus Influenza A dikenali sebagai hemagglutinin (H) dan neuraminidase (N).

        • Terdapat 16 variasi hemaglutinin (H1 - H16) dan sembilan variasi neuraminidase (N1 - N9)

        • Hemagglutinin membolehkan virus melekat pada sel hos dan boleh menybabkan sel darah merah bergumpal

        • Neuraminidase merupakan enzim yang membolehkan virus ini membebaskan diri daripada sel yang dijangkiti

        • Setiap variasi (gabungan H dan N) juga telah mengalami mutasi dan berpecah kepada jenis berbeza. Variasi H1N1 ini pada 1918 Selsema Sepanyol (Spain flu) adalah strain berbeza dengan H1N1 2009

        • Setiap variasi dan strain ini juga mungkin berbahaya kepada satu spesies haiwan yang khusus atau kepada beberepa spesies haiwan yang berlainan

        • Variasi virus Influenza A juga kadang kala dinamakan mengikut hos asalnya seperti selsema burung (unggas), babi, kuda, anjing, kucing dan selsema manusia.


        Variasi Influenza A kepada manusia

      • H1N1, punca spanis flu pada 1918, dan pandemik selsema 2009

      • H1N2, endemik kepada manusia dan babi

      • H2N2, punca Asian Flu 1957

      • H3N2, punca Hong Kong Flu 19968

      • H5N1, ancaman pandemik berterusan

      • H5N2

      • H7N7

      • H7N2

      • H7N3

      • H9N2

      • H10N7


          Influenza B

    • Satu spesies sahaja (Influenza B), boleh dikatakan hanya menjangkiti manusia. Hanya anjing laut dan feret haiwan yang boleh dijangkiti virus ini

    • Jarang ditemui berbanding virus Influenza A dengan keupayaan mutasi sehingga tiga kali lebih rendah

    • Ketiadaan variasi membolehkan imuniti terhadap virus ini terbentuk sejak kecil lagi.

    • Variasi dan hos yang terhad memsatikan pandemik Influenza B tidak berlaku


        Influenza C

  • Satu spesies sahaja (Influenza C), menjangkiti manusia, anjing dan babi.

  • Kadang kala menyebabkan jaangkitan teruk dan epidemik setempat

  • Influenza C lebih jarang berlaku berbanding Influenza B dan , selalunya hanya menyebabkan jangkitan ringan kepada kanak-kanak



Diterbitkan pada: Ogos 25, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.