Pengenalan
Shvoong Holdings Limited (“Shvoong" atau “kami”), sebuah syarikat persendirian yang digabungkan di bawah sistem perundangan Israel yang memiliki dan mengendalikan shvoong.com, Laman Internet yang berlokasi, di antara yang lain, di www.shvoong.com (“Laman”), dengan sukacitanya menawarkan anda peluang untuk mengguna, meneliti, menyumbang kepada dan memperoleh komisen dari Laman ini. Penggunaan Laman ini dalam apa cara sekalipun adalah di bawah terma dan syarat yang terkandung di dalamnya dan penggunaan Laman ini akan memperakui penerimaan anda tanpa had atau kelayakan yang terikat dengan Terma Penggunaan yang boleh berubah dari masa ke semasa.
1. Terma dan Syarat
Sebagaimana yang dinyatakan di atas, Terma dan Syarat akan mengawasi penggunaan Laman ini dan anda tanpa syarat bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang terkandung di dalamnya. Kami mempunyai hak untuk menukar syarat-syarat dari masa ke semasa dan anda haruslah tahu bahawa setiap kali anda melayari Laman ini, anda mesti meneliti Terma Penggunaan untuk memastikan persetujuan berterusan dari anda mengenai syarat-syarat di dalamnya. Penggunaan berterusan Laman ini akan memperakui perjanjian terhadap sebarang perubahan Terma Penggunaan ini.
2. Deskripsi Laman
Laman ini bertujuan untuk memberikan pengguna ringkasan (i) hasil kerja kesusasteraan, (ii) artikel yang berguna, (iii) ilmu pengetahuan saintifik, (iv) bahan-bahan dalam bidang kemanusiaan dan bidang-bidang yang lain. Semua ringkasan dan sebarang bahan yang ditemui di Laman ini yang di sediakan oleh pengguna Laman dan pihak ketiga yang tertentu dirujuk sebagai “Kandungan”. Anda harus faham dan tahu bahawa muka surat Laman ini mungkin mengandungi pengiklanan yang diperlukan untuk meneruskan fungsi Laman ini. Pengguna Laman ini boleh menilai kualiti Kandungan dan penilaian keseluruhan yang diberikan berhubung dengan sebaran Kandungan yang spesifik (“Penilaian”) akan mempengaruhi Komisen yang diterima oleh penyumbang Kandungan, seperti mana yang dijelaskan dan diterangkan di bawah:
3. Pendaftaran
Untuk meneliti Kandungan, anda tidak perlu mendaftar dengan Laman ini, tetapi anda tetap terikat dengan Terma Penggunaannya. Untuk menyumbangkan Kandungan dan mendapat Komisen berhubung dengan Kandungan, anda dikehendaki melengkapkan proses pendaftaran yang mudah di mana anda dikehendaki menghantar alamat e-mel yang sah. Kami meminta anda memastikan bahawa anda telah memberikan alamat e-mel yang betul dan boleh digunakan sebagai sebahagian langkah pendaftaran dengan Laman ini, jika tidak, kami mungkin tidak dapat membayar Komisen berpunca daripada anda sendiri. Tanggungjawab anda termasuk memastikan bahawa alamat e-mel yang disediakan oleh anda adalah yang terkini sebagaimana dan bila diperlukan.
4. Menyumbangkan Kandungan kepada Laman ini
Anda dengan ini bersetuju bahawa semua Kandungan yang dihasilkan oleh anda untuk Laman ini akan mematuhi garis panduan kandungan kami sebagaimana yang dinyatakan di bawah. Anda akan mengekalkan pemilikan anda ke atas mana-mana hak yang terdapat dalam Kandungan, tetapi dengan menyumbangkan Kandungan untuk Laman ini, anda memberikan kebenaran kepada Shvoong untuk menghantar Kandungan tersebut kepada Laman ini secara keseluruhan atau sebahagiannya dan membenarkan para pengguna Laman ini menggunakan Kandungan, tertakluk kepada semua undang-undang yang diguna pakai. Anda dengan ini faham bahawa Shvoong tidak bertanggungjawab untuk menghantar Kandungan yang disumbangkan oleh anda kepada laman ini dan Shvoong mempunyai hak untuk menyunting atau memadam, sebahagian atau keseluruhannya, Kandungan yang disediakan oleh anda, pada bila-bila masa. Anda juga faham bahawa Shvoong berhak mengeluarkan mana-mana Kandungan yang dihantar oleh anda kepada Laman ini pada bila-bila masa, atas pertimbangan atau budi bicaranya, dengan atau tanpa notis kepada anda terlebih dahulu, dan Shvoong tidak akan bertanggungjawab terhadap anda dalam apa cara sekalipun berkaitan dengan pengeluaran tersebut.
5. Garis panduan Kandungan
Semua Kandungan yang disediakan oleh anda, yang akan dihantar ke Laman Shvoong, sebagaimana yang dijelaskan dalam Terma Penggunaan, mesti mematuhi Garis panduan Kandungan yang berikut:
A. Anda harus mengelakkan penggunaan petikan langsung dari hasil kerja asal dalam Kandungan anda.
B. Anda harus mengelakkan dari meniru bahasa secara tidak langsung daripada hasil kerja asal dalam Kandungan anda – ini bermakna anda tidak boleh sewenang-wenangnya menyatakan perkara yang sama dengan menggunakan perkataan yang berbeza atau mengubah sesetengah perkataan daripada hasil kerja yang asal dan menggunakan yang selebihnya.
C. Anda harus cuba memastikan jumlah perkataan yang digunakan dalam Kandungan adalah pada tahap minimum – jika anda boleh membuat ringkasan sepanjang 500 patah perkataan, jangan gunakan 1000 patah perkataan.
D. Di mana perlu, anda harus menggunakan struktur anda sendiri dalam penulisan Kandungan dan jangan bergantung pada struktur yang digunakan di dalam hasil kerja asal.
E. Anda dialu-alukan untuk memberi komen anda untuk mengkritik dan/atau meneliti hasil kerja asal.
F. Apabila menerangkan keperibadian dari hasil kerja asal, anda haruslah menggunakan perkataan sendiri. Anda tidak boleh menggunakan perkataan yang digunakan oleh penulis di dalam hasil kerja asal untuk menerangkan keperibadian seperti itu.
G. Semasa menerangkan keperibadian dari hasil kerja asal, anda harus mengelakkan dari memberikan kenyataan terperinci mengenai ciri-ciri peribadi dan perlakuan keperibadian tersebut.
H. Semasa menerangkan plot hasil kerja asal, anda haruslah menggambarkannya secara umum dan anda haruslah mengelakkan daripada menyediakan kenyataan terperinci mengenai plot tersebut.
I. Anda haruslah sentiasa mengelakkan daripada membuat ringkasan bagi bab demi bab hasil kerja asal.
J. Anda tidak seharusnya menulis sesuatu yang menghina atau menimbulkan kemarahan penulis hasil kerja asal atau berkenaan hasil kerja asal itu sendiri.
6. Komisen
Shvoong akan menerima bayaran (“Royalti”) daripada pihak yang membuat pengiklanan pada Laman ini atau daripada pihak yang membuat pengiklanan barangan dan perkhidmatan bagi pihak ketiga di Laman ini. Shvoong dengan sukacitanya akan membayar pengguna berdaftar Laman ini sebahagian daripada royaltinya, tertakluk kepada terma di dalam ini (“Komisen”).
Shvoong akan membayar penyumbang Kandungan sebanyak 10% (sepuluh peratus) daripada royalti kasar yang diterima oleh Shvoong bergantung pada halaman di mana Kandungan itu dipaparkan. Shvoong akan mengira 10% (sepuluh peratus) ini berdasarkan bilangan pengguna individu yang memasuki halaman tersebut di mana sebahagian Kandungan telah dihantarkan (“Piawai Pengiraan”).
Sebagai tambahan kepada perkara di atas, jika anda menterjemahkan mana-mana bahagian Kandungan dari bahasa asal Kandungan tersebut sebagaimana yang dihantar ke Laman ini ( “Kandungan Asal”) kepada bahasa lain, dan terjemahan itu kemudiannya dihantar kepada Laman ini, kami akan membayar anda sebanyak 5% (lima peratus) daripada Royalti kasar yang diterima oleh Shvoong bergantung pada halaman di mana terjemahan kandungan itu dipaparkan seperti mana yang dikira berpandukan Piawai Pengiraan; kami akan membayar penyumbang Kandungan Asal sebanyak 5% (lima peratus) daripada royalti kasar yang diterima oleh Shvoong bergantung pada halaman di mana terjemahan Kandungan itu dipaparkan, seperti mana dikira berdasarkan Piawai Pengiraan.
Dari masa ke semasa Shvoong akan memberikan peluang Komisen istimewa pada Laman Utama Laman tersebut dan kami menggalakkan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkenaan peluang ini.
Shvoong akan memaklumkan kepada anda bila bayaran Komisen akan dibayar kepada anda. Shvoong akan membayar komisen pada hari pertama setiap bulan tertakluk kepada penerimaan royaltinya. Komisen akan dibayar dalam Dolar Amerika hanya ke dalam akaun PayPal atas nama anda di mana anda dikehendaki mendaftar alamat e-mel yang telah anda gunakan untuk pendaftaran pada Laman ini dan tertakluk kepada syarat dan terma PayPal (rujuk www.paypal.com). Jika pada masa-masa di mana anda tidak boleh membuka atau mengendalikan akaun PayPal berpunca dari sebarang sebab, Shvoong akan membayar Komisen kepada anda menerusi cek yang kami hantar kepada anda di atas nama anda dengan syarat anda telah memberikan butiran lengkap anda kepada kami.
Pada waktu-waktu tertentu di mana Komisen yang dibayar kepada anda pada mana-mana bulan adalah kurang daripada $10 (“Jumlah Minimum”), Shvoong tidak akan bertanggungjawab untuk membuat bayaran komisen tersebut kepada anda sehinggalah pada waktu di mana Komisen adalah sama atau lebih daripada Jumlah Minimum.
Shvoong berhak untuk mengenakan cukai ke atas semua pembayaran yang akan dibuat di bawahnya sebagaimana yang dituntut oleh undang-undang atau pada kadar lain sebagaimana yang mungkin dibenarkan secara bertulis oleh pihak berkuasa cukai yang berkaitan.
Anda akan bertanggungjawab ke atas semua cukai persendirian anda berkaitan dengan bayaran Komisen yang dibuat.
7. Penyalahgunaan Laman
Anda dilarang keras menghantar sebarang Kandungan yang tidak mematuhi Garis Panduan Kandungan kepada Laman ini. Anda juga dilarang mengambil sebarang tindakan terhadap Laman ini dalam cara pemalsuan dan penipuan yang boleh (i) memanipulasi Penilaian atau (ii) Komisen anda atau orang lain. Shvoong mengekalkan hak untuk meneliti semua tindakan yang diambil oleh anda pada Laman ini dan Komisen yang diperoleh oleh anda, dan pada masa, di mana Shvoong percaya bahawa anda telah melanggar perjanjian sebelum ini, Shvoong berhak untuk menahan bayaran komisen kepada anda dan menamatkan perjanjian anda dengan Shvoong.
8. Polisi Kerahsiaan
Bahawasanya di sini anda sedia maklum bahawa pendaftaran untuk dan menggunakan Laman ini, dan untuk mendapatkan Komisen, anda dikehendaki memberikan butiran peribadi anda kepada kami. Dalam masa yang sama kami menyimpan kerahsiaan maklumat ini, sebagaimana perjanjian Polisi Kerahsiaan kami yang merupakan bahagian penting, anda bersetuju bahawa ia mungkin perlu, dari masa ke semasa, untuk kami mendedahkan butir-butir tertentu kepada pihak ketiga dan anda membenarkan pendedahan seperti ini.
9. Jaminan Ganti Rugi
Ke tahap paling jauh yang dibenarkan oleh undang-undang, anda bersetuju sepenuhnya memberi jaminan ganti rugi, mempertahan dan menyokong kami, dan para pegawai, pengarah, pekerja dan agen kami, dengan segera di atas permintaan, daripada dan terhadap semua tuntutan, tanggungan, kerosakan, kerugian, kos dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman, yang timbul disebabkan oleh penggunaan Laman ini atau perbuatan melanggar mana-mana syarat dalam perjanjian Terma Penggunaan atau Garis Panduan Kandungan atau melanggar perjanjian mana-mana hak pihak ketiga.
10. Pautan
Laman ini mempunyai pautan kepada laman-laman Internet yang lain (“Laman-laman Lain”). Anda harus tahu bahawa Shvoong tidak mempunyai kawalan ke atas Laman-laman Lain dan perkhidmatan, pengeluaran atau barangan yang ditawarkan di sini dan anda bahawasanya di sini bersetuju bahawa Shvoong tidak akan bertanggungjawab terhadap kesediaan dan fungsi Laman-laman Lain; dan Shvoong tidak mewakili atau menyokong sebarang perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan, pengeluaran atau barangan yang ditawarkan pada Laman-laman Lain. Anda perlu faham dan setuju bahawa Shvoong tidak akan bertanggungjawab terhadap kemusnahan atau kerugian yang ditanggung oleh anda berhubung dengan Laman-laman Lain.
11. Pemberhentian Pendaftaran
Jika kami mendapati anda telah melanggar mana-mana perjanjian Terma Penggunaan, kami mempunyai hak untuk memberhentikan pendaftaran anda dengan Shvoong dengan segera dan anda tidak berhak untuk menerima Komisen seterusnya daripada Shvoong.
12. Penyelenggaraan Laman
Shvoong mempunyai hak untuk menggantung dan/atau mengubahsuai Laman ini dan perkhidmatan di sini dari masa ke semasa atas budi bicaranya dan tanpa notis terlebih dahulu kepada anda dan anda tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap Shvoong berkaitan tindakan sedemikian, sekiranya tindakan diambil. Seterusnya, pada waktu di mana Shvoong memilih untuk memberhentikan perkhidmatan yang ditawarkan di Laman sementara atau selamanya dan tidak membuat bayaran Komisen kepada anda, anda tidak berhak membuat sebarang tuntutan kepada Shvoong.
13. Tiada Jaminan
Anda bersetuju bahawa penggunaan Laman ini dan penggunaan Kandungan adalah di bawah risiko anda sendiri. Laman ini dan semua Kandungan disediakan untuk anda “SEPERTI MANA IA DIPAPARKAN”. Shvoong atau mana-mana pemegang sahamnya, pengarah, pegawai atau pekerja memberi jaminan atau perwakilan, sama ada ia dinyatakan atau membayangkan, bahawa Laman ini atau Kandungan adalah sesuai untuk sebarang tujuan atau adalah lengkap atau tepat dalam apa cara sekalipun.
14. Had Liabiliti
Ke tahap yang paling jauh yang dibenarkan oleh undang-undang, Shvoong atau mana-mana pemegang sahamnya, pengarah, pegawai atau pekerja tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh anda berpunca dari penggunaan Laman ini atau Kandungannya, sama ada secara langsung atau tidak, mahupun di mana kami telah dimaklumkan tentang kemungkinan kehilangan dan kerosakan sedemikian.
15. Undang-undang Kawalan
Terma Kepenggunaan dan apa jua perkara berkaitannya dikawal oleh, dan difahami berpandukan undang-undang Negara Israel. Bahawasanya di sini anda selamanya bersetuju bahawa mahkamah berkaitan Tel-Aviv-Jaffa mempunyai bidang kuasa eksklusif berhubung dengan mana-mana tuntutan, tidak puas hati atau perbezaan berkenaan Terma Penggunaan dan sebarang perkara berbangkit darinya dan tiada mahkamah lain mempunyai bidang kuasa berkaitan dengan pertikaian yang sedemikian dan anda selamanya bersetuju mengetepikan sebarang hak anda untuk membantah tindakan untuk dibawa ke mahkamah ini atau menuntut bahawa tindakan tersebut telah dibawa ke dalam forum yang tidak sesuai, atau mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa.
16. Am
(i) Sekiranya mana-mana syarat perjanjian Terma Penggunaan ditahan oleh mahkamah atau pihak berkuasa yang setaraf kerana tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan secara keseluruhan atau sebahagiannya, kesahihan syarat-syarat perjanjian yang lain di dalam Terma Penggunaan dan syarat-syarat perjanjian yang selebihnya dalam perjanjian tersebut tidak berubah.
(ii) Tiada pengecualian daripada kami berkenaan dengan syarat-syarat Terma Penggunaan yang harus difahami sebagai pengecualian terhadap sebarang pendahuluan atau usaha melanggar mana-mana terma dalam Terma Penggunaan.
(iii) Tiada apa di dalam Terma Penggunaan akan mereka atau memberi sebarang hak atau sebarang faedah yang lain kepada pihak ketiga, kecuali jika ia dinyatakan sebaliknya.
(iv) Terma Penggunaan ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Jika terdapat perbezaan pendapat di antara versi Terma Penggunaan yang telah diterjemahkan, versi bahasa Inggeris akan mengatasi versi yang lain.
(v) Terma Penggunaan ini bersama dengan Garis Panduan Kandungan dan Polisi Kerahsiaan mengandungi keseluruhan perjanjian di antara pihak kami dan anda berkaitan penggunaan Laman ini oleh anda.