Rerumah Shvoong > Sains Sosial > do i love u? part 2

.

do i love u? part 2

Summary rating: 3 stars 4 Ulasan
Pengarang : akmakhusairi
Summary by : akmakhusairi
Lawatan : 183  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Disember 07, 2007
Asyraf yang mulakan dulu. Dia yang mula-mula telefon Fara. Dngan alasan  bertanyakan penyelesaikan soalan kimia. Bermula dari situ, Aysraf lebih kerap menelefon Fara dan akhirnya Fara tertarik dengan cara Asyraf berkata-kata dan ceritanya yang tak pernah habis. Ada saja cerita yang dikongsi bersama, tak kira hal yang melibatkan masalah di kampus sehinggalah masalah keluarga. Fara setuju menerima Asyraf sebagai teman lelaki, walaupun sebenarnya Fara agak berat untuk menerima Asyraf. Ada sesuatu yang mengganggu Fara untuk menerima sebarang lelaki dalam masa terekat. Melihatkan kesngguhan dan keikhlasan Asyraf, Fara tidak dapat menolaknya. Hubungan mereka lebih cool. Tak perlu berjumpa setiap hari. Bagi Fara, cukup sekadar telefon dan sms sepanjang hari.  Semuanya berjalan dengan baik.  Perasaan cinta dan sayang semakin subur dari hari ke hari. Rupanya, ada yang tidak senang dengan hubungan ini. Tiba-tiba Ida mengaku dia bekas girlfriend Asyraf.Sebab itu mereka agak rapat. Tapi, lain pula yang fara dengar dari teman rapat Ida, Maya. Maya bercerita yang kononnya Ida bukan bekas girlfriend Aysrat, tapi hanya sepupu Asyraf. Fara sebolehnya tidak mahu ambil pusing cerita-cerita yang di dengarnya. Tapi, melihatkan Ida dan Asyraf yang sangat rapat, terdetik perasaan cemburu dan ingin tahu hal yang sebenarnya. Fara mengambil keputusan untuk bertanya sendiri dengan Asyraf. Ya, mereka hanya sepupu. Itu yang Fara dapat.  Tapi kenapa Ida perlu mencanang pelbagai cerita tentang kisah silam mereka berdua kepada kawa-kawan sekuliah? Kenapa Ida perlu bercerita  tentang semua kenangan mereka berdua? Dan  tiada apa yang  Aysraf dapat katakan bila Fara  bertanyakan apa yang sebenarnya yang mereka sembunyikan. Lama Fara mendiamkan diri.  Ada saja cerita yang membuat dia terasa hati. Siapa yang betul sebenarya? Kenapa Asyraf pun tak mahu bersungguh-sungguh cerita padanya? Apa yang jadi sebenarnya? Apa hubungan Aysraf dan Ida?

Ringkasan lain tentang do i love u? part 2
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------