Masa yang diluangkan di pejabat mungkin merupakan bahagian hidup yang
paling tertekan dalam kehidupan harian anda, tetapi ia tidak seharusnya
begitu. Anda mempunyai potensi yang besar untuk membentuk suasana
pejabat anda
lebih dari yang anda sedar. Ambil rehat sebentar. Ia akan
membantu mengosongkan fikiran anda
dan mengurangkan tekanan. Sesuatu
semudah ke mesin penyejuk air untuk minum boleh melakukannya. Sertai
kelas senaman
pada waktu tengah hari
atau selepas
kerja. Ini akan
memberi anda peluang untuk tenang dan menghilangkan stress. Untuk
membantu melancarkan hari kerja anda, cuba menfasakan aktiviti anda :
Melakukan kerja yang lebih penting pada waktu pagi,
apabila tenaga anda
berada pada peringkat yang lebih tinggi, dan kerja yang lebih mudah
dilakukan kemudian, apabila anda berasa letih. Cuba mendengar rakaman
muzik, seperti pukulan ombak atau kicauan burung untuk membantu anda
menenangkan diri. Pita rakaman sedemikian dijual secara komersial. Guna
headfon jika anda ingin mendengarnya pada waktu kerja. Mulakan kerja
awal atau pulang lewat sekali seminggu. Anda mungkin mencapai lebih
apabila anda menvariasikan rutin anda. Jika tekanan anda berpunca
daripada ketidakpastian kerja anda, satukan diri anda. Kemaskini resume
anda, dan ingatkan diri anda kepada skill dan kekuatan anda. Dan
pastikan anda tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa dalam bidang
anda. Ini akan membuatkan anda berharga kepada majikan. Jangan terikut
dengan kabar angin. Seorang pekerja mungkin berfikiran jelas mengenai
akibat terburuk.
Ringkasan lain tentang keseronokan