• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Sains Sosial>TENGKORAK JAGOAN

.

TENGKORAK JAGOAN

oleh : rizman_izal     

Pengarang : ZAINUDDIN ZAIN, MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN dan MAIAMALINA MOHAMED AMIN
TAKSUB! Itulah yang dapat digambarkan mengenai artikel pada kali ini.Dewasa ini,semakin
banyak spesies hidupan liar kini menjadi rebutan pengamal perubatan tradisional. Dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit, pendinding, kebal, pelaris perniagaan, dan sehinggalah boleh digunakan untuk menguatkan tenaga batin untuk menambah kekuatan seks .           R
ata-rata ramai orang yang terdiri daripada pelbagai golongan yang mempercayai amalan karut ini.Jika sebelum ini, kita pernah mendengar mengenai permintaan tinggi terhadap kemaluan buaya dan harimau kerana mampu menjadikan lelaki jagoan seks tetapi kini lain pula ceritanya.           T
engkorak monyet, hempedu ular dan beruang telah menjadi sasaran baru pengamal perubatan tradisional di atas permintaan yang tinggi di pasaran untuk pelbagai tujuan.Dalam artikel ini juga,saya memberikan beberapa jenis haiwan dan bahagian-bahagian penting yang sentiasa mendapat permintaan tinggi :   ·        Gigi, kaki atau organ haiwan mampu dijadikan ‘pelaris’ perniagaan, tangkal gerun, pendinding dan kebal serta ilmu pengasih untuk menundukkan wanita.
·        Kongkang (serbuk tulangnya) dipercayai boleh digunakan sebagai ‘pelaris’ selain dagingnya mampu memberikan kekuatan seks.
·        Burung Cenderawasih dipercayai mempunyai 1001 khasiat seperti menjadikan pemiliknya jutawan segera,berkuasa dan berhormat.
·        Taring dan Misai Harimau dikenali sebagai ‘Azimat Penggerun’ menjadikan seseorang tampak bengis dan digeruni mana-mana pihak.
·        Kemaluan buaya atau dipanggil ‘cula buaya’ dikatakan mujarab untuk lelaki yang berkeinginan menjadi ‘buaya darat’.
·        Kuda laut dan tapak sulaiman dipercayai sangat sesuai digunakan sebagai minyak mengurut terutama untuk pesakit strok.
  Selain itu, haiwan-haiwan liar lain yang mendapat permintaan yang tinggi ialah harimau, babi hutan, burung kuang, buaya tembaga, beruang madu, gajah serta beberapa spesies monyet. Sebagai contohnya,terdapat ahli perniagaan yang sanggup menggunakan tangkal azimat daripada bangkai binatang termasuk anjing, harimau, atau babi hutan sebagai pendinding selain untuk ‘menundukkan’ pekerja serta pelanggannya. Namun di sini, terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai sejauh mana kebenaran dakwaan ‘golongan-golongan’ terbabit dalam hal ini.Saya mengajak para pembaca untuk berfikir seketika, adakah ia benar atau sekadar ingin mencari keuntungan dengan cara yang mudah?...  
Diterbitkan pada: Januari 09, 2008
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.