Perlu atau tidak kita memberi sedekah kepada setiap peminta sedekah yang hadir kepada kita? Pada pendapat saya, selagi
kita mampu untuki menghulurkan bantuan, tidakl salah kiranya kita meringankan beban mereka. Tapi bagaimana jika peminta sedekah yang hadir itu kelihatan sihat, dan mampu menggunakan tenaga mereka untuk mencari rezeki dengan cara lain. Mungkin tanpa berfikir panjang atau dengan perasaan menyahpah, kita akan menghalau mereka dari pandangan kita. Sebenarnya, mungkin ada sebab yang kukuh yang menyebabkan mereka yang kelihatan masih sihat, tetapi datang kepada kita untuk meminta sedekah. Bagi saya, rezeki yang kita ada seharusnya kita kongsi bersama mereka ini, walaupun hanya RM 1 yang kita ingin
hulurkan. Mungkin mereka benar-benar memerlukan bantuan dari kita. Mungkin yang sihat itu seorang penipu atau malas mencari pekerjaan. RM 1 yang kita hulurkan adalah rezeki mereka dan jika mereka adalah seorang penipu sekalipun, RM 1 yang kita hulurkan akan menjadi urusan merekan dan Yang Maha Berkuasa. Kita tidak lagi perlu kuatir kemana perginya duit yang kita hulurkan.
tanggungjawab kita telah selesai setakat menghulurkan RM 1.