Rerumah Shvoong > Sains Sosial > Kenali Bahasa Rungus

.

Kenali Bahasa Rungus

Summary rating: 2 stars 1 Ulasan
Pengarang : asavantil
Summary by : asavantil
Lawatan : 61  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Mac 05, 2008


Bahasa rungus adalah bahasa ibunda bagi suku kaum rungus. Walaupun bahasa rungus
tidak jauh berbeza daripada bahasa-bahasa lain yang terdapat di negeri Sabah,
contohnya bahasa kadazan, dusun, dan tebilung, bahasa rungus masih ada
identitinya sendiri. Identiti ketara adalah dari segi sebutan. Terdapat sebutan
dalam bahasa rungus yang susah diungkapkan oleh orang yang tidak berbahasa rungus,
contohnya perkataan seperti ‘yallo’, apabila diungkapkan oleh orang bukan
berbangsa rungus atau bukan berbahasa rungus, perkataan ini akan menjadi ‘yalo’.
‘Yallo’ bermaksud ‘dia’ dalam bahasa Melayu dan ‘he/she’ dalam bahasa Inggeris.
Kedengaran seperti tiada bezanya ‘yallo’ dan ‘yalo’. Tapi hakikatnya memang
berbeza. Untuk menyebut ‘yallo’, hujung lidah mestilah ditekan dan terangkat
menyentuh bahagian atas rahang gigi. Dari segi perbendaharaan kata, bahasa
Rungus banyak persamaannya dengan bahasa Dusun, Kadazan, Tebilung dan Sungai. Tetapi,
dari segi pengungkapan sesuatu perkataan atau ayat, ia berbeza. Di dalam bahasa
rungus sendiri, terdapat perbezaan dari segi sebutan dan ungkapan, mengikut
kawasan. Orang rungus yang dipanggil Gonsomon (minoriti dalam bangsa rungus),
bahasa rungus mereka sangat berbeza dengan bahasa rungus majoriti-umum. Mereka
juga tidak dapat mengungkapkan perkataan ‘yallo’ dan cara ungkapan sesuatu ayat
kedengaran sangat halus dan berirama. Bagi orang Gonsomon, sebutan bagi ‘yallo’
adalah seakan-akan seperti ‘yahkho’. ‘Ingin oku ddikau’ sama makna dengan ‘muhang
oku dia’ sama makna dengan ‘saya suka kamu atau saya cinta kamu’. Selamat
belajar.



Ringkasan lain tentang Kenali Bahasa Rungus
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Tambah komen anda Jumlah komen di dalam abstrak ini: 4

Komen

Showing 4 out of 4   Tambah komen anda
  1. Kenali bahasa Rungus

    momogun

    30 Mac 2008

    Hello.. dalam bahasa Momogun Rungus Pilzapazan perkataan Dusun seperti "Yalo" di sebut sebagai "Yalzo". Dalam Gonsomon sebutannya "Yaho" Dalam Nulzuw sebutannya "Yahkho"

  2. kenali bahasa rungus

    momogun

    30 Mac 2008

    manakala sebutan dusun "muhang aku diya" dalam rungus juga di sebut sebagai "guminavo oku dika". Muhang ini juga di pakai dalam rungus tetapi pada zaman Misangod/Mononsiou sebutan yg romantaik ini tercicir dari Momogun Rungus. www.momogun.page.tl

  3. kenali bahasa rungus

    momogun

    30 Mac 2008

    "Mu-hang" adalah kata asal dari "koru-hang". Kata "...hang" di hujung merujuk kepada "hubungan sejati atau juga berkaitan perasaan cinta".

  4. kenali bahasa rungus

    asavantil

    04 April 2008

    Terima kasih untuk komen anda. Semoga lebih ramai yang memberi sokongan dalam pelajaran bahasa rungus. Ramai anak muda-generasi baru (sollumpak vagu) yang tidak pandai berbahasa rungus.

Ringkasan lain oleh asavantil

More

Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------