Etiket Menggunakan Emel
ETIKET KETIKA MENGGUNAKAN
EMEL<
BR>
Sebenarnya ada beberapa kaedah
dan panduan untuk anda menggunakan perkhidmatan emel
dengan lebih efisien dan beretika.
i. Jika anda ingin menghantar emel
kepada penerima yang ramai, biasakan diri anda untuk meletakkan alamat emel mereka di ruangan "bcc" dan alamat emel anda sendiri di ruangan "Kepada". Tiada orang yang suka berkongsi alamat emel mereka dengan orang yang
tidak dikenali. Hormatilah privasi mereka.
ii. Tajuk kepada emel anda haruslah tepat dan dapat menerangkan maksud atau ide di dalam isi kandungan emel anda tanpa si penerima membukanya. Ayat-ayat ringkas seperti "Hi", "Hello", "Selamat Pagi" atau "Tolong Saya" adalah tidak digalakkan. Cuba fikirkan tajuk yang pendek dan bermakna.
iii. Jangan menghantar emel yang bersaiz besar terutamanya jika emel anda mengandungi bahan seperti video, mp3 atau gambar disertakan bersama. Ini adalah kerana tidak semua orang mempunyai sambungan internet berjalur lebar. Jika anda mempunyai fail yang bersaiz besar untuk dihantar, sila muat naikkan fail anda kepada laman web yang mempunyai servis muat naik dan muat turun seperti savefile.com dan hanya menghantarkan link fail tersebut kepada rakan anda.
iv. Jika anda mempunyai dua atau lebih dokumen untuk dihantar, pastikan anda menggunakan "zip" untuk menjadikannya satu fail. Dengan berbuat demikian, anda telah berjaya memastikan bahawa kawan anda tidak
AKAN tertinggal memuat turun walaupun satu dokumen.
v. Dilarang menulis emel semasa anda sedang mabuk atau sedang berada dalam keadaan tertekan. Ini akan mengubah stail penulisan anda.
vi. Padamkan servis "Resit Penerimaan"
vii. Sentiasa membalas emel yang diterima terutamanya emel yang ditujukan khas kepada anda. Penghantar akan tertunggu-tunggu jawapan dari anda.
viii. Sentiasa memastikan bahawa mesej anda pendek dan mudah difahami. Ayat seperti "Saya harap emel ini diterima oleh pihak tuan dengan keadaan selamat" hanya relevan dalam urusan rasmi.
ix. Jangan klik butang "Hantar" sebelum anda membuat penyemakan ejaan. Emel yang penuh dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa akan menandakan anda menulis sambil lewa dan anda akan dipandang rendah. Sentiasa baca semula mesej anda sebelum menghantarnya kepada dunia.
x. Anda dinasihatkan supaya tidak meletakkan nombor telefon peribadi anda mahupun nombor telefon rumah dari tandatangan digital jika emel anda melibatkan senarai penerima yang banyak. Anda tidak akan tahu jenis orang yang menerima emel anda.
Ringkasan lain tentang Etiket Menggunakan Emel