Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Sains Sosial>Hip-Hop Dalam Sejarah

Hip-Hop Dalam Sejarah

oleh: ApocalypseDawn     Pengarang : Apocalypse Dawn
ª
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Hip Hop History
 
Pada masa kini, jika anda bertanyakan sesiapa untuk definisi "Rap", mereka semestinya akan mengatakan Rap adalah pendeklamasian puisi dengam iringan ritma. Ia adalah sejenis ekspresi beruratakar dari budaya silam Afrika dan tradisi oral mereka. Sepanjang catatan sejarah di Amerika, terdapat akrobatik lisan atau bertikaman lidah berbentuk puisi dalam komuniti kulit hitam di Amerika. "Signifying", "testifying", "Shining of the Titanic", "the Dozens", "school yard rhymes", "prison ''jail house'' rhymes" dan "double Dutch jump rope'' rhymes" adalah beberapa jenis nama penyampaian Rap yang telah dimanifestasikan. Pada masa fenomena ini berkembang, "party shouts" diberi lebih ketelitian dan memperlihatkan para dj berusaha untuk memberikan kelainan dalam persembahan mereka, mereka mula menyelitkan bait-bait puitis dalam lagu-lagu yang diputarkan. Tidak lama kemudian ramai yang tertarik dengan jenis penyampaian "dozens" dan "school yard". Dan ramai pula akan memberi kelainan dengan menulis menurut citarasa mereka sendiri bersesuaian dengan suasana sambutan. Pada masa itu, rap tidak dikenali dengan ''Rap'' tetapi dipanggil ''Emceeing''. Kool Herc, iaitu salah seorang Emcee terkenal pada masa itu kembali memberikan perhatiannya pada DeeJay dan menyerahkan tugas kendalian Mikrofon kepada dua rakannya iaitu Coke La Rock dan Clark Kent. Mereka kemudiannya dikenali sebagai Kool Herc and The Herculoids dan mereka merupakan kumpulan Emcee yang pertama dalam Rap. Rap mendapat tempat di kalangan pemuda urban di New York kerana genre ini memberi kebebasan untuk mereka meluahkan perasaan. Dan atas sebab kebebasan ini menjadi dasar mengapa arena kemahiran berlisan/berputis yang disebut dimanifestasikan pada awal kemunculan genre ini. Yang penting sekali, seni ini boleh diceburi ramai. Seseorang itu tidak memerlukan wang yang banyak untuk berpuisi. Ianya juga tidak memerlukan kelas atau pengajian bertauliah untuk mula berpuisi. Rapping adalah kemahiran berlisan yang boleh dilatih dan diasah hingga tahap kesempurnaan dan pada bila-bila masa saja. Dan atas aspek Rap yang bersikap inklusif membenarkan seseorang itu untuk memberi suntikan tersendiri atau personaliti dalam penulisan mereka. Jika anda seorang yang tenang, anda boleh rap dalam kadar yang perlahan. Dan jika anda seorang hiperaktif, anda mampu rap dengan laju. Tiada siapa yang mampu rap dengan serupa antara satu sama lain, walaupun mendeklamasikan bait puisi yang sama. Ramai juga yang telah meniru gaya seseorang, tetapi itu juga memberi indikasi tentang personaliti rapper tersebut. Sehingga tahap ini, semua ini perlu difahami untuk medapat tanggapan sebenar Hip-Hop. Sejarah membuktikan, muzik yang berasal dari komuniti kulit hitam Amerika selalunya diiringi dengan subbudaya yang mencerminkan keadaan politik, sosial dan ekonomi pada waktu itu. Rap tidak terkecuali. Rap muncul dari budaya Hip Hop. Pada mulanya ia terdiri dari 4 elemen utama iaitu seni graffiti, breakdancing, deejaying, dan tidak lupa tentang emceeing. Hip Hop adalah satu gaya hidup dengan bahasa, fesyen, muzik dan ideologinya tersendiri yang tidak putus berkembang. Pada hari ini, disebabkan breakdancing dan seni graffiti kurang menonjol, perkataan ''Rap'' dan Hip Hop seringkali disilih ganti. Walau bagaimanapun perlu ditekankan di sini keempat-empat elemen utama Hip Hop masih wujud, ianya cuma berjaya dikembangkan kepada satu tahap yang baru. Hip Hop terus menjadi medium tindakbalas kepada anak-anak muda terhadap penolakan nilai dan keperluan mereka dari warga berumur. Pada mulanya, kesemua aspek utama Hip Hop terdiri daripada pengekspresian diri. Kuasa yang menjana gerakan di sebalik kesemua aktiviti ini adalah keinginan seseorang agar kehadiran mereka dilihat dan suara mereka didengari. Dominasi Hip Hop berlaku disebabkan perubahan drastik dalam format radio kulit hitam pada awal tahun 70an. Sebelum Hip Hop, radio kulit hitam memainkan peranomuniti sebagai pewaris dan meneruskan kesinambungan atau ''griot'' iaitu tukang cerita. Ianya menggambarkan adat dan nilai kehidupan dalam satu-satu komuniti itu dan radio kulit hitam juga menjadi sumber asas informasi dan hiburan bagi pemuda-pemuda bandar. Yang menariknya pengaruh radio kulit hitam dan peranan dj-djnya dalam komuniti kulit hitam Amerika telah menjadi isu perbincangan hangat bagi sesetengah tokoh-tokoh di sana.
Diterbitkan pada: 22 Mac, 2008   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.