Rakan baik mempunyai maksud yang subjektif. Pelbagai maksud yang diberikan oleh sekalian insan.
Rakan baik bererti orang
yang amat memahami diri kita dan juga rapat dengan kita.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya kita menghadapi permasalahan?
Sekiranya si dia itu berlainan jantina dengan kita, apa yang perlu dilakukan.
Contohnya si perempuan ini sentiasa menjaga hati si lelaki tetapi si lelaki ini pula kurang memahami hati si rakannya.
Tiba2 anda menghadapi konflik. Sekian lama anda cuba bersabar dan melakuakan pelbagai perkara untuk si dia sehingga macam nak cekik dia, adakah patut anda meninggalkan dia? Sedangkan kita masih merasakan dia jua yang mampu menggembirakan kita.
Konflik antara kemarahan dan harapan?
TIPS-TIPS MEMPERTAHANKAN PERSAHABATAN..
1. Anda perlu tahu asas kepada persahabatan, iaitu sabar. Tiada benda yang dapat berterusan sekiranya tiada sifat sabar dan sentisa tekun.Benda yang baik dan tulus tidak pernah sepi daripada dugaan yang melanda malah ianya amat berat bagi kita. Bersabarlah..
2. Fahaminya. Bukanlah kita perlu tahu secara total tentang dirinya tapi kita kene tahu rentak sikapnya.
Sekiranya kita ingin meluahkan apa yang terpendam sedangkan si dia
happy go lucky memang lah tidak padan. Oleh hal yang demikian kita masih mampu meluahkannya kepada si dia tapi harus di ingatkan yang kita harus membina satu situasi yang sesuai dengan dirinya
3. Jangan mengharap. Lakukan segalanya untuk si dia dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan respons. Tahu tak kenapa? Harapan yang diharap tidak tercapai nanti hati yang bergelora. Kita seharusnya yakin suatu hari nanti perasaannya akan tersentuh dengan apa yang kita lakukan tapi mungkin waktu itu kita jauh darinya. Ingatlah waktu itulah amat indah kerana kitalah insan yang paling dihargainya nanti
4. Yakin. Tiada erti persahabatan sekiranya kita tiada keyakinan terhadap si dia. Oleh itu jjangan sesekali kita meraguinya kerana itulah punca keruntuhan institusi persahabatan.
Ikhlasan hati kita, lembutkan hati kita terhadap si dia. Janganlah sering memaksa.
Perhubungan yang indah ialah perhubungan yang sedehana dan perhubungan yang sederhana ialah tiada tekanan daripada kedua-dua belah pihak