Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Sains Sosial>Kesan BAHASA SLANGA

Kesan BAHASA SLANGA

oleh: hcsmas     Pengarang : hcsmas
ª
 
Kesan bahasa slanga
Pengunaan bahasa slanga yang meluas dikalangan remaja menyebabkan wujudnya bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi juga dalam penulisan. Penulisan-penulisan yang digunakan dalam sesebuah buku terutama dalam bacaan ringan seperti komik telah terpengaruh dengan bahasa slanga. Penggunaan bahasa slanga dalam penulisan sesebuah buku atau karya dan diterbitkan boleh menjejaskan kedaulatan bahasa. Penggunaan bahasa slanga dalam sesebuah buku juga menyebabkan ramai remaja dan kanak-kanak akan terpengaruh dan menggunakan bahasa ini dalam kehidupan seharian. Pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya mendatangkan kerisauan bukan saja dikalangan pakar linguistik atau pejuang bahasa Melayu, malah ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan kenbanjiran komik berbahasa slanga di pasaran.
Kesan penggunaan bahasa yang serba mudah dan meluas ini banyak istilah baru yang muncul bagi memudah ekspresi. Contoh istilah-istilah baru yang muncul kesan daripada penggunaan bahasa slanga ialah caye(percaya), camni(macam ini) dan teypon(telefon). Istilah-istilah ini pada peringkat awal digunakan hanya untuk memerihkan suasana sahaja, namun demikian lama kelamaan istilah ini menjadi budaya dalam percakapan. Hal ini menyebabkan generasi-genarasi muda yang akan datang akan terpengaruh dengan budaya bahasa slanga yanga digunakan pada masa kini. Jika direnungkan sejenak apakah kesan jaka panjang jika bahasa slanga masih terus digunakan oleh generasi kini, maka dapat disimpulkan bahawa generasi akan datang akan mewarisi bahasa melayu yang telah menggunakan istilah-istilah baru.
Sekiranya kita menerima kebiasaan pengunaan bahasa slanga bagi penggunaan di alam realiti maka akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Penggunaan bahasa slanga yang berleluasa pada masa kini akan menyebabkan bahasa melayu yang asal akan terhakis sedikit demi sedikit. Hal ini juga akan menyebabkan bahasa asal sesuatu bahasa juga akan hilang serinya. Penggunaan bahasa slanga tidak akan terhenti setakat semasa remaja sahaja, akan tetapi penggunaannya akan tetap digunakan oleh seseorang selapas melangkah kea lam pekerjaan. Sebagai contoh penggunaan bahasa slanga juga digunakan oleh guru-guru yang mengajar di sekolah. Hal ini menyebabkan penyebaran bahasa slanga akan berterusan sehinggakan menyebabkan bahasa melayu terus dicemari. Jika hal ini berterusan, tidak dapat tidak bahasa asal sesuatu bahasa akan megalami perubahan ketara pada masa depan.

Matlamat untuk mengembangkan bahasa Melayu akan terhalang akibat terlalu banyak elemen yang merosakkan bahasa diperkenalkan oleh pengguna bahasa slanga. Bahasa melambangkan bangsa, jika bahasa slanga terus merabak generasi akan datang akan lupa akan bahasa mereka sendiri. Usaha untuk mengembangkan bahasa melayu diperingkat antarabangsa misalnya tidak akan dicapai sekiranya pengguna bahasa itu sendiri tidak mengunakan bahasa mereka dengan betul.

Diterbitkan pada: 19 Februari, 2009   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.