Rerumah Shvoong > Sains Sosial > Ekonomi > EKONOMETRIK ASAS

.

EKONOMETRIK ASAS

Summary rating: 1 stars 1 Ulasan
Pengarang : Hassan Hj. Ali
Summary by : ijass
Lawatan : 235  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Oktober 22, 2007
Buku ini membincangkan model-model ekonometrik. ekonometrik bermaksud pengukuran kepada konsep-konsep ekonomi yang bersifat kualitatif. Antara model ekonometrik yang dibincangkan ialah model regresi linear mudah, model regresi linear berbilang and model regresi tidak linear. Dalam kajian kes yang melibatkan soal selidik, terdapat banyak pemboleh ubah yang bersifat kualitatif dan nilainya berbentuk diskrit seperti jantina, bangsa, kelulusan, jenis rumah, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Bagi mengendalikan kajian kes seperti ini. Model-model yang khusus melibatkan pemboleh ubah patung (dummy variable) adalah juga dibentuk serta dibincangkan. Melalui model ini, kita akan dapat menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara gelagat seorang wanita dengan lelaki, antara penduduk bandar dan luar bandar, antara pelajar lepasan ijazah dengan pelajar bukan lepasan ijazah, dan sebagainya. Terdapat juga perbincangan berkaitan dengan model kebarangkalian linear, model probit dan logit yang boleh diaplikasikan apabila kita menghadapi masalah membuat keputusan yang berbentuk diskrit, iaitu sama ada memilih sesuatu alternatif atau sebaliknya.

Ringkasan lain tentang EKONOMETRIK ASAS
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------