Buku ini mengupas tentang kurikulum, bagaimana
kurikulum tersebut terhasil dan intipati kurikulum dijelaskan dengan cara yang mudah difahami. Penjelasan dalam setiap bab
Buku ini akan membantu para
pendidik atau bakal pendidik memahami dengan jelas apakah yang dimaksudkan sebagai kurikulum dan diharap akan memberikan nafas baru dalam aktiviti pendidikan. Kefahaman tentang kurikulum membolehkan pendidik menyedari apakah yang sebenarnya harus dilakukan dalam proses mendidik dan menyampaikan ilmu. Buku ini penting untuk pelajar
pendidikan di peringkat diploma, ijazah pertama atau ijazah lanjutan di
institusi perguruan dan universiti untuk persediaan sebagai guru. Buku ini sesuai untuk para pendidik dari segenap aliran atau peringkat sama ada di sekolah, institusi perguruan dan universiti untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Tidak ketinggalan juga buku ini berguna untuk panduan pihak pengurusan kurikulum di sekolah, jabatan pendidikan daerah dan negeri, institusi perguruan dan universiti awam dan swasta.
Ringkasan lain tentang Pengajian Kurikulum