Pendidikan
percuma dalam sebuah
Negara Kebajikan
bermaksud, perkhidmatan
Pendidikan diberikan secara percuma daripada
peringkat rendah
sehingga peringkat
tinggi termasuk Ijazah Lanjutan.
Perkhidmatan ini juga mungkin diberikan kepada rakyat asing yang
ditawarkan menuntut
di negara tersebut. Bagaimanapun penyediaan
perkhidmatan pendidikan percuma ini selalunya tidak termasuk sara hidup
dan lain-lain keperluan hidup seseorang pelajar. Pelajar atau mahasiswa
bertanggungjawab sendiri untuk menyara kehidupannya sama ada melalui
pembiayaan sendiri, keluarga, penajaan atau pinjaman. Demikianlah
polisi yang berkaitan dengan pendidikan percuma yang dilaksanakan oleh
kebanyakan negara yang berorientasikan Negara Kebajikan.Sebenarnya
pelaksanaan pendidikan percuma ini bukanlah satu perkara baru. Dalam
sejarah ketamadunan Islam, pendidikan percuma ini telah diberikan dari
peringkat rendah sehingga peringkat tinggi.
Sebagai contoh semasa
pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad, pendidikan percuma telah
diberikan sehingga menjadikan kota Baghdad sebagai pusat tumpuan para
penuntut ilmu dari seluruh dunia. Demikian juga dengan pemerintahan
Islam di Andalus, telah memberikan pendidikan percuma sehingga ramai
penuntut ilmu dari Eropah berhijrah ke sana. Sehingga hari ini masih
terdapat beberapa universiti di negara-negara dunia Islam yang mewarisi
pendidikan percuma ini termasuklah Universiti Al-Azhar. Beberapa sumber
digunakan untuk pembiayaan pendidikan percuma ini termasuklah wakaf,
zakat dan sedekah.Pendidikan percuma
diberikan oleh kerajaan sesebuah Negara Kebajikan kerana ia dilihat
sebagai keperluan asasi bagi setiap rakyat. Perkembangan dasar
Liberalisme yang menjadi pegangan negara-negara moden mengkehendaki
kerajaan bersifat lepas tangan (Laissez Faire) bermula dalam Ekonomi
kemudiannya menghakis kepada beberapa keperluan asasi rakyat seperti
pendidikan. Di kebanyakan negara yang mengamalkan dasar itu, menganggap
pendidikan tinggi bukanlah keperluan asasi rakyat, justeru kerajaan
tidak bertanggungjawab menyediakannya secara percuma. Lewat kurun
ke-20, pendidikan tinggi ini dilihat sebagai peluang yang baik untuk
sumber pendapatan negara, malah sebagai sebagai komoditi dagangan
khususnya bagi golongan Neo-Liberalisme. Di
Malaysia, penggubalan akta-akta berkaitan pendidikan pada pertengahan
dekad 1990-an salah satunya mempunyai tujuan ini. Malaysia dilihat
menuruti beberapa negara seperti Australia menjadikan pendidikan tinggi
ini peluang untuk menambahkan pendapatan negara melalui kutipan yuran
dan seumpamanya. Bagaimanapun masih terdapat banyak negara yang
mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat
pendidikan tinggi seperti negara-negara Sweden, Norway, Finland dan
lain-lain di Eropah, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain dari kalangan
negara pengeluar Minyak, Cuba sebuah negara Sosialis serta Sri Lanka
sebuah negara membangun. Hakikat ini menunjukkan bahawa pendidikan
percuma ini tidak semestinya dilaksanakan hanya oleh negara-negara kaya.
Ringkasan lain tentang Sejarah Pendidikan Percuma