Rerumah Shvoong > Sains Sosial > Pendidikan > Kewajaran Pendidikan Seks

.

Kewajaran Pendidikan Seks

Summary rating: 2 stars 4 Ulasan
Pengarang : Mynn
Summary by : saifqistina
Lawatan : 96  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Februari 25, 2008
Proposal kerajaan dalam memperbaiki sistem pengajian Malaysia salah satunya adalah untuk memperkenalkan pengajian seks dalam syllabus pembelajaran persekolahan. Adakah tindakan ini wajar? Menurut rujukan, kecenderungan remaja dalam melibatkan diri dengan masalah sosial disebabkan sifat ingin tahu para remaja dan lonjakan hormon adrenaline yang membuatkan mereka bertindak mengikut emosi dan perasaan. Masalah sosial yang ingin ditekankan di sini adalah seks bebas. Mengapa remaja cenderung untuk melakukan perkara yang terkutuk dalam semua agama ini? Salah satu faktor adalah kerana untuk mempunyai pengalaman sendiri selepas mengetahuinya daripada media-media. Andaikata pendidikan seks diberikan kepada pelajar pada peringkat awal lagi, kita seharusnya khuatir masalah ini akan melibatkan lebih ramai remaja daripada golongan bawah umur. Ini adalah kerana pabila sudah diberikan pendedahan secara teori, sifat semula jadi remaja yang ingin tahu akan membuak-buak untuk mengetahuinya secara praktikal pula. Andaikata perkara ini ditimbangtara dengan menggunakan logik akal fikiran sahaja nescaya akan membawa padah yang dahsyat. Maka seharusnya kita kembali kepada agama dan al-Quran. Apa yang baik itu telah digariskan oleh Allah SWT dengan jelas dan apa yang membawa keburukan juga telah digaris dengan jelas. Terpulang kepada kita samada ingin mengikutnya ataupun tidak.

Ringkasan lain tentang Kewajaran Pendidikan Seks
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------